USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MAHASISWA HOLISTIK CETUS PEMBANGUNAN NEGARA

IMG 0025fgn

NIBONG TEBAL, 18 April 2015 - Mahasiswa diseru agar tidak hanya menguasai kecemerlangan akademik malah mampu berfikir ke hadapan dan holistik dalam mencetus pembangunan negara.Lonjakan Mahasiswa melalui Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (Pendidikan Tinggi) Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mensasarkan usaha melahirkan mahasiswa holistik, mempunyai ciri keusahawanan dan keseimbangan dalam kehidupan dengan mempunyai pemikiran aras tinggi, menguasai nilai-nilai antarabangsa dan berjati diri.

IMG 0028

IMG 0040

Hal ini ditekankan oleh Menteri Pendidikan II, Dato' Seri Idris Jusoh yang mengharapkan ciri-ciri tersebut dapat disemat dalam kalangan semua mahasiswa di Institut Pengajian Tinggi di negara ini.
 
"Apa yang saya maksudkan dengan holistik adalah graduan yang berilmu pengetahuan, mampu berfikir dan berkomunikasi, mempunyai ciri kepimpinan serta tanggungjawab kepada sosial," kata Idris.

IMG 0056m

IMG 0085

Menjawab soalan pemimpin-pemimpin mahasiswa ketika sesi minum petang Tokoh Siswa 2014 yang melibatkan 20 Institut Pengajian Tinggi Awam, Idris berharap graduan mampu memiliki ciri tersebut demi kesinambungan kepimpinan negara masa datang.

Tegas beliau lagi, kreativiti setiap graduan memainkan peranan utama selain berani dalam membuat suatu keputusan dalam memenuhi harapan kementerian bagi menerapkan ciri-ciri keusahawanan kepada graduan agar mereka lebih berdikari dan berani menempuh cabaran selepas tamat pengajian.

IMG 0091jkh

IMG 0101

Turut hadir adalah Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Dato' Dr. Omar Osman, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar & Alumni USM, Profesor Dr. Adnan Hussein, serta pegawai utama universiti.

IMG 0021

Sebelum itu, Idris sempat beramah mesra bersama Pengurusan Tertinggi USM dalam sesi Teh Tarik di Mohamaad Bistro Nasi Kandar, Nibong Tebal yang turut dihadiri Pengarah Kampus Kejuruteraan, Prof. Zainal Ariffin Mohd Ishak dan ahli-ahli Jawatankuasa Pengurusan USM.

Dato' Seri Idris Jusoh berada di Pulau Pinang sempena majlis Anugerah Tokoh Siswa 2014 anjuran Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan USM di Dewan Utama, Kampus Kejuruteraan, USM Nibong Tebal, Pulau Pinang. - Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 3212

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024