USM TERSENARAI ANTARA 1,000 UNIVERSITI TERBAIK DUNIA OLEH THE

00 15 usmlife 16 800x600

PULAU PINANG, 7 September 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) kekal tersenarai antara 1,000 Universiti terbaik di dunia berdasarkan Penarafan Universiti Dunia 2018 (World University Rankings, WUR 2018) yang diumumkan hari ini oleh Times Higher Education (THE).

USM kekal pada kedudukan 601-800, dan ini merupakan pencapaian secara keseluruhan terbaik bagi USM sejak 2015.

Daripada analisis lanjutan, didapati USM memperoleh skor tertinggi dalam kriteria Pengajaran antara lapan universiti negara yang tersenarai dalam WUR 2018.

Selain Pengajaran, kriteria penetapan lain yang digunakan bagi penarafan global ini ialah Penyelidikan, Sitasi, Pendapatan melalui Industri dan Pengantarabangsaan.

Bagi USM, penarafan ini membolehkan ia menilai pencapaiannya dari perspektif badan bebas, sekaligus membolehkan Universiti ini terus mencari jalan untuk penambahbaikan bagi manfaat rakyat dan negara.

Pada masa yang sama, penyenaraian ini juga akan membolehkan USM berusaha ke arah memastikan negara terus menjadi hab pendidikan tinggi bertaraf dunia tanpa melupakan nilai dan keutamaannya sebagai sebuah Universiti Penyelidikan dan agenda APEX yang diperjuangkan sejak tahun 2008.

Kelima-lima buah Universiti Penyelidikan awam di negara ini (UM, USM, UKM, UPM dan UTM) tersenarai di dalam penarafan terbaru ini.

Penarafan ini mengambilkira penilaian ke atas sejumlah 1,102 institut pengajian tinggi dari 77 buah negara di seluruh dunia.

Share This

Pusat Media dan Perhubungan Awam / Media and Public Relations Centre
Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800 USM, Pulau Pinang Malaysia
Tel : +604-653 3888 | Fax : +604-658 9666 | Email : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Laman Web Rasmi / Official Website : Universiti Sains Malaysia
Client Feedback / Comments
| USM News Portal. Hakcipta Terpelihara USM 2015