USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BANTU SEKOLAH TUBUH KELAB NEUROSAINS

untitled 14

KOTA BHARU, KELANTAN, 16 April 2015 - Pusat Pengajian Sains Perubatan (PPSP) Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan di Kubang Kerian, melalui Jabatan Neurosains menubuhkan Kelab Neurosains USM untuk membantu meningkatkan minat pelajar terhadap bidang sains dengan mendedahkan mereka kepada ilmu sains neuro sebagai pemangkin kejayaan Malaysia menjadi sebuah negara maju dengan mendedahkannya kepada fungsi otak.

Pengarah Pusat Perkhidmatan dan Penyelidikan Neurosains USM, Profesor Dato’ Dr. Jafri Malin Abdullah berkata, pada peringkat permulaan pihaknya telah menyenaraikan beberapa program untuk dilaksanakan oleh kelab ini melalui lawatan akademik ke PPSP untuk memberi peluang kepada ahli kelab melihat secara dekat kajian mengenai fungsi otak dan organ berkaitan.

"Kami kini sedang melakukan pelbagai penyelidikan mengenai fungsi otak yang boleh dikongsi bersama ahli-ahli kelab untuk meningkatkan minat mereka dalam bidang sains terutama neuro dan yang menariknya mereka yang menyertai kelab ini menunjukkan minat mendalam untuk mengetahui pelbagai persoalan melibatkan otak dan minda,” katanya.

untitled 12

Jafri Malin baru-baru ini telah melancarkan Kelab Neurosains MRSM Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Tun Ghafar Baba Melaka, yang pertama menyertai kelab Neurosains USM.

Kelab Neurosains USM ini menitikberatkan modul pengajaran dan pembelajaran di luar bilik darjah seperti menunjukkan cara pembedahan secara langsung kepada pelajar seperti pembedahan otak kambing untuk menarik minat mereka mendalami ilmu saraf dan mengurangkan rasa ketakutan pelajar dalam bidang pembedahan.

Tambah Jafri Malin, banyak usaha perlu dilakukan bagi meningkatkan kefahaman dalam kalangan pelajar mengenai fungsi dan peranan otak, oleh itu langkah awal perlu dilakukan untuk menarik minat mereka melalui pelbagai program di peringkat sekolah yang tentunya penting supaya matlamat menambah bilangan saintis negara tercapai. - Teks & Foto: Mohamad Iqmal Mathlan

  • Created on .
  • Hits: 1535

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024