USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HAYATI KELAINAN DALAM PAMERAN MGTF

 DSC5653

PULAU PINANG, 16 April 2015 - Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah Universiti Sains Malaysia (MGTF USM) dengan kerjasama Japan Foundation Kuala Lumpur menganjurkan pameran 'Winter Garden: The Exploration of Micropop Imagination in Contemporary Japanese Art' bermula hari ini sehingga 16 Mei 2015.

Pameran yang diketuai oleh Pengkritik Seni Jepun, Midori Matsui, menfokuskan kepada imaginasi 'micropop' iaitu satu kelainan dalam cara kehidupan lazim masyarakat Jepun melalui hasil seni sekumpulan 14 orang anak seni Jepun.

 DSC5661

 DSC5665

Menurut Dekan Pusat Pengajian Seni USM, Profesor Madya Omar Bidin, pameran ini mampu memberi kesan kepada pelawat khususnya pelajar dan penyelidik yang meminati kelainan dalam bidang seni.

"Sebagai sebuah institusi pengajian tinggi, USM berbangga kerana dapat menjadi penganjur kepada pameran yang dapat memberi inspirasi kepada pencinta karya seni dengan keunikannya yang tersendiri serta mampu memberi ilham kepada mereka.

Tambah Omar yang berucap merasmikan pameran ini, Japan Foudation Kuala Lumpur telah menjalin kerjasama dalam pelbagai bidang seni dengan USM sejak 2004 lagi.

 DSC5685

"Kita mengalu-alukan para pencinta seni untuk melawat pameran yang julung kali diadakan di Malaysia ini dan kita amat berbangga dipilih sebagai tuan rumah kepada pameran ini," katanya lagi.

Hadir sama ialah Pengarah MGTF USM, Zolkurnian Hassan, Konsulat Jepun di Pulau Pinang, Hiriko Taniguchi dan Penolong Pengarah Japan Foundation Kuala Lumpur, Mio Yachita.

14 orang anak seni ini telah menjelajah banyak negara di Eropah, Asia Tenggara dan negara di Asia Pasifik sejak tahun 2009 lagi untuk mempamerkan karya seni mereka ini.

 DSC5668

Yang berminat bolehlah menghubungi MGTF USM di talian 04-653 3261 / 04-653 4789. - Teks: Syuhada Abd Aziz/Foto: Mohamad Danial Shahri

  • Created on .
  • Hits: 1118

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024