USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

6,600 PELAJAR RPJJ HADIR KURSUS INTENSIF MULAI 21 JANUARI

PULAU PINANG, 19 JANUARI 2015 – Sejumlah 6,600 orang pelajar Rancangan Pendidikan Jarak Jauh 2014/2015 akan berada di kampus induk USM Pulau Pinang bermula 21 Januari ini   mengikuti Kursus Intensif  berakhir pada 10 Februari 2015.

Menurut Timbalan Pendaftar, Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh, USM Hj. Abd. Hadi Ahmad,​kursus selama  tiga minggu itu akan mengumpulkan semua pelajar  yang mengikuti beberapa kursus secara intensif iaitu kursus Sarjana Muda Sastera (Kepujian), Sarjana Muda Sains Kemasyarakatan (Kepujian), Sarjana Muda Sains (Kepujian) dan Sarjana Muda Pengurusan (Kepujian).

“Kesemua penginapan Desasiswa telah awal diuruskan oleh pihak universiti untuk menampung jumlah pelajar tersebut terutamanya menjamin keselesaan mereka sepanjang mengikuti kursus Intensif”

Menurut Abd. Hadi, Desasiswa yang terlibat adalah Cahaya Gemilang, Indah Kembara, Bakti Permai, Aman Damai, Fajar Harapan, Saujana, Tekun dan Restu.

Selain itu, Hadi menambah seramai 83 orang staf akademik dan 53 orang staf pentadbiran, teknikal dan sokongan dipertanggungjawab untuk menyelaras dan mengurus mengikut bidang masing-masing bagi memastikan kursus Intensif tahun ini berjalan dengan baik. Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

DSC 1791

  • Created on .
  • Hits: 1884

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024