USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ANTARA KUASA PENCABAR HEBAT KARNIVAL SUKAN MASUM 2017

20229246 10213688835845867 3697247072733056643 n

PULAU PINANG, 22 Julai 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) kini telah menepati reputasi selaku pencabar utama sukan di peringkat Universiti Awam (UA) dan telah dibuktikan di sepanjang Karnival Sukan MASUM 2017 yang berlangsung selama 14 hari (8-22 Julai) di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Bangi Selangor.

Pungutan 18 Emas, 23 Perak dan 19 Gangsa di kedudukan ketiga keseluruhan di Sukan MASUM daripada 20 UA ini membuktikan USM bukan sahaja hebat dari segi akademik dan juga program penyelidikan malah ternyata juga hebat di dalam lapangan sukan.

Sukan Renang di bawah tanggungjawab Pusat Sukan Tumpuan terus cemerlang dengan tuaian emas diberikan kepada USM sejak dari awal saingan dan tidak ketinggalan juga pasukan Poomsae Taekwondo dan juga Karate.

20108630 1478760662184962 7824742647684102935 n

Ikon Program Warga Sukan USM, Fatin Nurfatehah pula membawa pulang 4 Emas berharga dan menepati pencapaian beliau selaku Olahragawati MASUM 2015 dan 2016.

Ini merupakan pencapaian terbaik sepanjang lima tahun sukan di USM yang mendapat sokongan 100% Pusat Sukan dan Rekreasi USM dan juga Naib Canselor USM sendiri yang sentiasa memberi dorongan kepada pencapaian sukan di USM.

Sektor Penyediaan Atlet USM akan terus merangka program yang komprehensif agar konsistensi pencapaian atlet USM terus mantap menjelang 2018-2019 sejajar dengan saranan Pengarah Pusat Sukan dan Rekreasi USM agar pencapaian akademik pelajar/atlet USM terus seiring dengan kecemerlangan sukan.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1401

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024