USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, PERDANA UNIVERSITY JALIN KERJASAMA MELALUI MOU

DSC 1084 800x600

PULAU PINANG, Julai 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) telah menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) dengan Perdana University (PU) pada 3 Julai lalu.

Melalui MoU ini, USM dan PU berhasrat untuk bekerjasama dalam beberapa perkara, antaranya:

  • pertukaran pelajar dalam bidang perubatan dan sains kesihatan;
  • melantik dari kalangan staf akademik USM untuk menjadi perunding bagi membangunkan program-program pengajian yang baru dan bersesuaian untuk PU bagi memenuhi permintaan di Lembah Kelang; dan
  • mengadakan bengkel, persidangan dan latihan secara bersama.

DSC 1099 800x600

Beberapa aktiviti telahpun dimulakan dan diharap MoU tersebut akan dapat memperkukuhkan lagi kerjasama antara kedua-dua institusi.

USM diwakili oleh Naib Canselor Profesor Datuk Dr. Asma Ismail manakala PU diwakili oleh Naib Canselor Profesor Dr. Zabidi Azhar Bin Mohd Hussin.  

Asma mengalu-alukan inisiatif kolaborasi ini dan berharap PU dapat menjadi ‘conduit’ untuk menawarkan program-program akademik USM secara bersama untuk memenuhi permintaan penduduk di Lembah Kelang.

Zabidi berkata PU amat berbangga dan bertuah dapat menjalin kerjasama strategik dengan USM, universiti penyelidikan awam yang kecemerlangannya diiktiraf di peringkat antarabangsa, dan berharap dapat memanfaatkan ketokohan dan kepakaran USM untuk membantunya membangunkan program-program akademik baharu misalnya Ijazah Sarjana Muda Sains Data.

DSC 1104 800x600

DSC 1114 800x600

Yang turut hadir pada majlis tersebut ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah; Pendaftar USM Profesor Dato’ Dr. Abd. Aziz Tajuddin; Pendaftar PU Norpisah Mat Isa; serta Dekan-dekan dan Timbalan-timbalan Dekan USM dan PU. Turut mengikuti sesi ini secara telesidang ialah Pengarah Kampus Kesihatan USM Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim.

Perdana University ialah universiti swasta yang ditubuhkan oleh Pusat Perubatan Akademik (AMC) pada tahun 2011 melalui inisiatif Kerjasama Awam-Swasta dengan sokongan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS), Pejabat Perdana Menteri. PU fokus kepada program perubatan dan kesihatan bersekutu di peringkat ijazah pertama dan pasca siswazah.

Teks: Tan Ewe Hoe/Foto: Mohd Fairus Md. Isa

  • Created on .
  • Hits: 1294

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024