USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PENSYARAH USM TERPILIH WAKIL NEGARA SUKAN PARA ASEAN 2017

IMG 4143

PULAU PINANG, 6 Julai 2017 – Pensyarah Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik, Universiti Sains Malaysia (USM), Dr. Mohd Sharizal Abdul Aziz, 34, terpilih mewakili negara di Sukan Para ASEAN 2017 yang akan berlangsung selepas Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Beliau yang akan menyertai tiga acara renang iaitu dalam kuartet 4x50 meter kuak dada berganti-ganti serta 50 meter dan 100 meter gaya bebas individu berharap untuk meraih pingat emas dalam acara-acara tersebut kerana ini merupakan menampilan sulung beliau dalam Sukan Para ASEAN.

Mohd Sharizal berkata, Orang Kelainan Upaya (OKU) seharusnya tidak menjadikan kekurangan yang ada pada diri sebagai alasan untuk tidak bergiat aktif dalam bidang sukan.

IMG 4144

IMG 4141

Harapannya agar lebih banyak OKU dapat menceburi bidang sukan kerana ia dapat memberikan sumbangan dalam bidang pembangunan sukan dalam masyarakat.

Selain itu, antara pencapaian terbaiknya dalam sukan renang adalah menjadi juara dalam Pertandingan Oceanman Malaysia yang telah berlangsung di Putrajaya pada Mac 2017 baru-baru ini.

IMG 4139

Pertandingan ini bukan dikhususkan untuk OKU justeru itu beliau telah membuktikan kekurangan dalam diri tidak menjadi penghalang menjadi juara dalam kejohanan tersebut.

Di samping itu, Mohd Sharizal juga telah memenangi dua emas dan satu gangsa dalam Kejohanan Renang Milo, dan dalam kejohanan SUKMA Sarawak 2016, beliau telah mendapat satu pingat emas dalam acara 50 meter gaya bebas dan satu pingat perak 100 meter gaya bebas.

IMG 4142

IMG 4145

Beliau juga menyeru kepada semua peminat sukan renang di tanahair agar memberikan sokongan padu kepada kontingen negara dalam Sukan Para ASEAN ke-9 yang bakal diadakan di Kuala Lumpur dari 17 - 23 September 2017. 

IMG 4126

IMG 4127

Dalam pada itu, Pengarah Kampus Kejuruteraan USM, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria, diberi penghormatan sebagai pembawa obor sempena larian Obor Sukan SEA Kuala Lumpur 2017 Peringkat Seberang Perai Tengah di Permatang Pauh di sini baru-baru ini.

Teks: Mohd Musa Adivijaya (pelajar internship MPRC)/Suntingan: Syuhada Abd Aziz

  • Created on .
  • Hits: 2117

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024