USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PKAPUSM ANJUR MAJLIS BERBUKA PUASA, RAI MURID-MURID SEKOLAH PENDIDIKAN KHAS PULAU PINANG

IMG 2221

TANJUNG BUNGAH, 15 Jun 2017 - Buat tahun keempat, Persatuan Kakitangan Akademik dan Pentadbiran Universiti Sains Malaysia (PKAPUSM) meneruskan majlis berbuka puasa bersama murid-murid Sekolah Pendidikan Khas (Rendah dan Menengah) Pulau Pinang.

Menurut AJK Eksekutif PKAPUSM, Prof. Datuk Dr. Omar Shawkataly, majlis ini diadakan untuk meraikan dan menggembirakan para murid-murid ini sempena Ramadhan yang bakal melabuhkan tirainya tidak lama lagi sebelum Syawal menjelma.

posa 57y

"Semoga majlis ini dapat diteruskan lagi pada tahun akan datang dalam menjaga kelangsungan hubungan antara USM dan sekolah ini yang sedia terjalin sekian lama," katanya di hadapan lebih 150 orang pelajar sekolah ini.

Omar juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada pengurusan sekolah yang terus memberi sokongan dan bantuan kepada USM dalam menjayakan majlis untuk para murid-murid ini.

IMG 2222

Bagi Pengetua dan seluruh warga sekolah, majlis sebegini merupakan satu penghargaan kerana anak-anak OKU di sini dapat bergaul dan teruja dengan majlis berbuka puasa ini bersama warga USM.

IMG 2226

IMG 2230

Turut diadakan ceramah motivasi oleh Pensyarah Pusat Pengajian Seni Puan Siti Suhaily Binti Surip yang merupakan ahli baru PKAPUSM dan juga pemberian duit raya kepada murid-murid.

Teks & Foto: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1675

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024