USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MENDALAMI ERTI KEPIMPINAN GLOBAL HINGGA KE BENUA EROPAH - KHAIRUL HAFEZ YUNUS

 56ghk

PULAU PINANG, 13 Jun 2017 - Pelajar Universiti Sains Malaysia (USM), Khairul Hafez Yunus@Hamid, 23, yang telah mewakili USM ke Global Leadership Programme anjuran Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (MUBARAK) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) Malaysia di London bulan lalu berkata, program ini memberi pendedahan menyeluruh berkenaan dengan aspek kepimpinan dan bagaimana mengasah bakat kepimpinan bagi menghadapi persaingan dan cabaran global pada zaman globalisasi kini.

Jelas pelajar tahun 3, Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan ini, peserta turut didedahkan dengan pendekatan kepimpinan bercirikan keusahawanan, sistem pendidikan universiti, hak asasi manusia, dan Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) yang disampaikan oleh salah seorang Pensyarah University of East London.

Hafez merupakan salah seorang peserta daripada 18 orang yang terpilih ke program selama sembilan hari ini diketuai oleh Rektor Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), Profesor Dato’ Dr. Zaleha Kamaruddin dan bertempat di Universiti of Oxford dan Bandar London.

“Bukan itu sahaja, kami juga turut diberi peluang berjumpa dan mengenali Kesatuan Pelajar Universiti Oxford (OUSU) serta mengadakan perbincangan bersama pelajar Malaysia di sana dan ilmu kepimpinan yang kami terima di sana adalah komprehensif dan menyentuh aspek negara, agama, dan bangsa di peringkat global," tegasnya.

Tambah Hafez lagi, beliau telah terlibat dalam Parlimen Mahasiswa yang telah dijalankan di Parlimen sebanyak dua kali iaitu pada sidang 2014/2015 dan 2015/2016 lalu dan ini merupakan peluang amat bermakna kepada beliau kerana telah terplih mewakili USM ke London yang sebelum ini diwakili oleh salah seorang pelajar USM, Dayang Nurul Hafizah Ramlee pada tahun lalu.

Dia berharap siswa-siswi USM akan bersedia untuk berhadapan dengan cabaran dan bersaing di peringkat global malah yang lebih penting ialah mempunyai keyakinan diri dalam merangka masa depan sendiri dan jangan bergantung kepada peluang yang datang bergolek semata-mata.

Hafez turut merakamkan jutaan terima kasih kepada KPT; MUBARAK; Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail; Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein; Pengarah Pusat Keantarabangsaan Mobiliti dan Kolaborasi Universiti (IMCC), Dr. Muhizam Mustafa; Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, Profesor Dr. Azlinda Azman serta pegawai-pegawai universiti yang lain.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1495

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024