USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, USIM BINA SINERGI TINGKATKAN KERJASAMA

EAM 1406

USM, PULAU PINANG, 27 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) baru-baru ini menganjurkan majlis makan malam untuk meraikan kunjungan delegasi dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) yang diketuai oleh Naib Canselornya Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad.

Delegasi USIM terdiri daripada Timbalan-timbalan Naib Canselor, Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU), ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta ahli Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) dan 24 pelajar kebudayaan.

atma1

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail mengalu-alukan kedatangan delegasi USIM ke USM, dan menyifatkan lawatan ini suatu permulaan yang amat baik untuk kedua-dua institusi pengajian tinggi meningkatkan kerjasama untuk manfaat bersama dan juga menyahut agenda transformasi pendidikan tinggi negara.

“Saya yakin kedua-dua pihak dapat membincang dan meneroka beberapa potensi kerjasama yang boleh dilaksanakan bersama dalam bidang akademik, penyelidikan, inovasi, pentadbiran, kebudayaan, dan sebagainya,” kata Asma, yang begitu gembira dapat bertemu kembali dengan sebilangan besar warga staf akademik, pengurusan dan pentadbiran USIM.

Asma pernah menjadi Naib Canselor USIM yang ketiga dari 1 Disember 2012 sehingga 31 Mei 2014, sebelum menerajui jawatan Ketua Pengarah di Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan Tinggi.

IMG 2820

Naib Canselor USIM pula mengharapkan melalui lawatan kerja USIM ke USM itu dapat memberi pulangan yang baik kepada USIM untuk terus menjadi peneraju pengajian tinggi integrasi ilmu Naqli dan Aqli yang terampil, selain membina sinergi dan kekuatan kerjasama antara USIM dan USM demi kebaikan ummah.

IMG 2845

atma2

IMG 2831

atma3

amit6

Majlis makan malam itu turut diserikan dengan persembahan kebudayaan yang amat menarik menggandingkan pegawai dan pelajar dari kedua-dua universiti berkenaan.

Antara yang turut hadir dari USM ialah ahli Lembaga Gabenor Universiti, Profesor Datuk Dr. Omar Shawkataly; Profesor Pelawat USIM dan Profesor USM, Profesor Dato’ Dr. Morshidi Sirat; Timbalan-timbalan Naib Canselor; Ahli JKPU; ketua-ketua jabatan, pegawai-pegawai kanan, serta ahli MPP dan pelajar kebudayaan.

EAM 1569

IMG 2908

IMG 2917

Dalam lawatan kerja USIM ke USM selama dua hari (25-26 Mei) itu, turut diadakan ialah sesi perjumpaan JKPU dan ketua-ketua jabatan kedua-dua universiti, dan juga lawatan ke PTJ serta sesi perjumpaan delegasi USIM bersama PTJ USM.

Lawatan itu diharap dapat menyemarakkan lagi konsep keserakanan dan kesepunyaan yang disarankan oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) di samping mengeratkan ukhwah di antara USIM dan USM.

Teks: Tan Ewe Hoe

  • Created on .
  • Hits: 1621

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024