USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, USIM CO-LEARN DAN CO-CREATE UNTUK KECEMERLANGAN PENDIDIKAN TINGGI

EAM 1614

PULAU PINANG, 26 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) akan co-learn bersama-sama dan seterusnya co-create bagi memacu kecemerlangan universiti dan pendidikan tinggi negara.

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, pendidikan tinggi pada masa kini perlu relevan untuk menjadikan para pelajar dan seterusnya graduan untuk relevan bagi menghadapi era robotik dan automasi.

IMG 2985 

Beliau berkata demikian semasa sesi perjumpaan dan lawatan rasmi pengurusan tertinggi USIM ke USM yang diadakan bermula kelmarin sehingga hari ini merangkumi jamuan makan malam, sesi perjumpaan pengurusan tertinggi dan juga sesi percambahan ilmu bersama jabatan-jabatan yang berkaitan.

EAM 1628

Hasil perbincangan antara kedua-dua pihak, antara resolusi yang dicapai adalah:

Penyelidikan

  1. USIM berhasrat bekerjasama dengan USM dalam melaksanakan projek MAKERS;
  2. Mengambil konsep mentor dalam penyelidikan, USIM berhasrat menggunakan kepakaran 100 penyelidik terbaik USIM sebagai mentor atau pemacu dalam bidang penyelidikan;
  3. USIM akan menjalankan kajian bagi projek berhenti merokok dari perspektif Islam.

Akademik

  1. Membenarkan ‘Credit Transfer’ bagi kedua-dua universiti untuk bidang yang dikenalpasti;
  2. USIM akan menjadi pusat wilayah tengah bagi pengajian pendidikan jarak jauh (PJJ) USM; 
  3. USM dan USIM akan bersama-sama menawarkan Joint Degree bagi program Master of Islamic Banking dan program-program lain;
  4. USIM akan menawarkan program Pra-U untuk para pelajar sekolah agama dan tahfiz sebelum melanjutkan pengajian pendidikan jarak jauh (PJJ) di USM;
  5. Mewujudkan pembelajaran secara lebih fleksibel;
  6. Mewujudkan program francais secara bersama.

Kewangan

  1. USM dan USIM akan bersama-sama untuk memantapkan Skim Wakaf;
  2. Bekerjasama untuk memantapkan dan memaksimumkan fungsi Business Development Centre.

Majlis Pewakilan Pelajar

  1. USM akan mewujudkan paspot Global International Students Outreach (GISO) seperti yang dijalankan oleh USIM;
  2. Para peserta untuk pertandingan penyelidikan USIM iaitu I-Reka dicadangkan menyertai National Research and Innovation Competition (NRIC) yang dianjurkan oleh USM.

Hal-hal lain

  1. USM akan meningkatkan fasiliti sukan bercirikan Islam;
  2. Menawarkan tempat untuk latihan di HUSM kepada pelajar USIM;
  3. Memberi nilai tambah kepada hospital mesra ibadah.

EAM 1674

IMG 2929

Antara yang hadir adalah Naib Canselor USIM, Profesor Dato’ Dr. Musa Ahmad, Timbalan-timbalan Naib Canselor, Bendahari, Pendaftar, Dekan-dekan dan pegawai tertinggi kedua-dua buah universiti.

Teks: Nor Rafizah Haji Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1995

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024