USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DELEGASI PAKISTAN HASRAT JALIN KOLABORASI BERSAMA DALAM BIDANG PERUBATAN DAN PERGIGIAN

IMG 6986

USM, PULAU PINANG, 24 Mei 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) sekali lagi mengukuhkan hubungan antarabangsa apabila menerima kunjungan hormat daripada CMH Lahore Medical College and Institute of Dentistry, Pakistan yang diketuai oleh Rektornya, Profesor Dr. Syed Afzal Ahmad.

Kunjungan mereka pada kali ini bertujuan untuk meningkatkan kolaborasi dan kerjasama dalam pelbagai disiplin termasuk penyelidikan terutama dalam bidang sains perubatan dan pergigian.

Selain itu mereka juga berminat untuk mengadakan usahasama dalam program Sarjana yang menggalakkan mobiliti pelajar dan staf.

DSC 0781

DSC 0792

Pengarah Pusat Keantarabangsaan, Mobiliti dan Kolaborasi Universiti (IMCC), Dr. Nuhizam Mustafa mempengerusikan perbincangan rasmi ketika lawatan ini.

Terdahulu, delegasi ini turut mengadakan perjumpaan bersama Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail serta melawat ke Pusat Pengajian Sains Pergigian di Kampus Kesihatan USM.

IMG 6988

Sementara itu, Syed Afzal berharap kedua-dua buah universiti dapat meneroka bersama bidang sains kesihatan pada masa akan datang dan turut mengalu-alukan lagi untuk menjalin kerjasama yang lebih meluas.

Sesi kunjungan dan perbincangan ringkas ini juga disertai oleh Konsul Jeneral Kehormat Pakistan di Pulau Pinang, Dato’ Haji Abdul Rafique bin Abdul Karim dan Timbalan Pengarah Kolaborasi Antarabangsa, Mobiliti dan Kerjaya USM, Dr. Mohd Hafizal Mohd Isa.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1258

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024