USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

SAMBUTAN HARI KEPELBAGAIAN BIOLOGI ANTARABANGSA: USM RAI SUMBANGAN MOHAMED HANIFF DAN TERIMA GERAN PENYELIDIKAN RM8,000

IMG 6779

USM, PULAU PINANG, 22 Mei 2017 - Hari Kepelbagaian Biologi Antarabangsa hari ini disambut secara sederhana di Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Pengajian Sains Kajihayat (PPSK) dengan penganjuran majlis penyampaian Anugerah Mohamed Haniff kepada para penerima yang cemerlang dalam bidang Biologi.

Yang hadir ke program ini adalah Pengarah Kolaborasi Masyarakat dan Industri USM, Tuan Syed Yusof Syed Kechik yang mewakil Naib Canselor USM; Wakil Yayasan Penang Free School yang juga Naib Pengerusi The Mohamed Haniff Research & Development Trust Fund, Dato' Dr. Anwar Fazal; Pengerusi Jawatankuasa Penganjur, Dr. Asyraf Mansor; Penolong Kanan Pentadbiran Penang Free School, Ho Nean Chan; dan Pengarah Taman Botani Pulau Pinang, Mohd Azwa Shah Ahmad.

IMG 6777

Anugerah Mohamed Haniff lahir dari nama seorang insan yang bernama Mohamed Haniff yang merupakan seorang tokoh botani tersohor yang menyumbang seluruh kehidupannya untuk pembangunan botani dan merupakan perintis penubuhan Taman Botani Pulau Pinang.

Sepanjang hidupnya hampir 40 tahun beliau telah mengabdikan dirinya dalam pembangunan botani dan pengkalan data botani dan dikatakan pada hari beliau meninggal dunia pada usia 58 tahun, beliau dalam proses melakukan kerjanya.

IMG 6780

Antara penerima-penerima Anugerah ini adalah Boey Tian Lian dari Penang Free School, Hassan Bin Shaari dari Taman Botani Pulau Pinang dan Shunmugam Vellosamy dari PP Sains Kajihayat USM yang merupakan insan-insan yang cemerlang dan banyak menyumbang dalam bidang biologi di lapangan masing-masing.

Dalam majlis ini juga, USM menerima geran penyelidikan sebanyak RM8,000 daripada Mohamed Haniff Research & Development Trust Fund yang disampaikan oleh Dato' Dr. Anwar Fazal kepada Tuan Syed Yusof Syed Kechik.

IMG 6783

IMG 6773

Program dan sambutan separuh hari ini turut diserikan dengan ceramah oleh Kurator Taman Botani Pulau Pinang dan pensyarah-pensyarah PPSK.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1882

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024