USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA PELAWAT DARIPADA UNIVERSITY OF GRONINGEN BELANDA

USM, PULAU PINANG, 22 Mei 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) terus menjadi tumpuan pelawat antarabangsa apabila menerima kunjungan rasmi daripada University of Groningen, Belanda yang diwakili oleh Pengurus Program Asia Tenggara, Tim Zwaagstra.

Lawatan ini lebih memberi fokus kepada usaha kerjasama antara kedua-dua universiti dalam bidang penyelidikan dan juga kepada kolaborasi masa hadapan.

Pengarah Pusat Keantarabangsaan, Mobiliti dan Kolaborasi Universiti (IMCC), Dr. Muhizam Mustafa mempengerusikan perbincangan rasmi ketika lawatan ini.

Yang hadir sama dalam perjumpaan ini Dekan Pusat Pengajian Perumahan, Bangunan dan Perancangan, Profesor Dr. Aldrin Abdullah dan Timbalan Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia, Profesor Madya Mohamad Zailani Abu Bakar.

Ditubuhkan pada tahun 1614, University of Groningen ialah antara universiti penyelidikan awam yang tertua dan terbesar di negeri Belanda, dengan jumlah pelajar hampir 30,000 pada peringkat ijazah pertama dan ijazah tinggi.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1144

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024