USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

CENPRIS USM TERUSKAN KERJASAMA DENGAN JASA KKMM

QK4C8757

PULAU PINANG, 18 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui Pusat Penyelidikan Dasar dan Kajian Antarabangsa (CenPRIS) meneruskan kerjasama dengan Jabatan Hal Ehwal Khas (JASA), Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) dengan penandatanganan Perjanjian Geran Penyelidikan untuk fasa yang kedua hari ini.

“Saya berharap kerjasama ini akan berterusan terjalin pada masa hadapan dan dikembangkan dengan penyelidikan dengan lebih 250 orang profesor di USM ini,” kata Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail di majlis penandatanganan perjanjian tersebut.

QK4C8776

upsi 67

“CenPRIS juga harus melangkah setapak lagi dalam mendepani 4th Industrial Revolution dan menjadikan data sebagai pendapatan seperti apa yang telah dilakukan di Iran yang mana setiap data yang dikumpul dijual dan data tersebut digunakan lebih dari apa yang sepatutnya,” tambah Asma.

Menurut Ketua Pengarah JASA, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi, jalinan kerjasama ini diteruskan untuk fasa yang kedua kerana kredibiliti CenPRIS dalam pengumpulan data ini dipercayai seperti apa yang telah dilakukan tahun lalu.

QK4C8791

Turut hadir ialah Pengarah CenPRIS, Profesor Madya Dr. Azeem Fazwan Ahmad Farouk dan Pengarah JASA Negeri Pulau Pinang, Ahmad Lutfi Ibrahim.

Teks: Nor Rafizah Haji Md Zain

  • Created on .
  • Hits: 1932

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024