USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

DEKAN PENGAJIAN SISWAZAH IPTA BERKUMPUL BINCANG HALA TUJU IJAZAH TINGGI NEGARA

 
ips 4
 
USM, PULAU PINANG, 17 Mei 2017 – Dekan-Dekan Pengajian Siswazah seluruh Institut Pendidikan Tinggi Awam (IPTA) hari ini berkumpul di Universiti Sains Malaysia (USM) selaku tuan rumah bagi membincangkan pembangunan hala tuju dan dasar polisi Ijazah Tinggi sempena Mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) ke-48.
 
Majlis Mesyuarat dirasmikan oleh Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), USM, Prof. Dr. Ahmad Farhan Mohd. Sadullah bakal membincangkan hal ehwal semasa Ijazah Tinggi di Malaysia serta perkara berbangkit yang mampu diketengahkan ke peringkat lebih tinggi.
 
ips 6
 
Pada majlis tersebut, Ahmad Farhan mengharapkan MDPS sebagai platform terbaik dan efektif bagi membincangkan isu yang dihadapi berkenaan Ijazah Tinggi termasuklah isu MQA, pelajar antarabangsa dan kementerian terutamanya bagi mencari penyelesaian terbaik demi pendidikan tinggi negara.
 
Katanya, mesyuarat Majlis Dekan Pengajian Siswazah (MDPS) ke-48 diharap mampu mengubah dasar polisi yang membataskan usaha-usaha setiap Institut Pengajian Siswazah di universiti, seterusnya menyemarakkan lagi impak dan kualiti Ijazah Tinggi universiti-universiti di Malaysia.
 
Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar / Foto: Mohd Fairus Md. Isa
 
  • Created on .
  • Hits: 2445

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024