USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM DAN UPSI BEKERJASAMA UNTUK INTERNET MASA HADAPAN

DSC 0323

TANJUNG MALIM, PERAK, 16 Mei 2017 – Universiti Sains Malaysia (USM) melalui National Advanced IPv6 Centre (Nav6) bekerjasama dengan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) untuk membuka peluang kedua-dua pihak berkongsi kepakaran dan melaksanakan projek kerjasama antarabangsa seperti ERASMUS+ khususnya dalam bidang Future Internet atau internet masa hadapan.

Menurut Naib Canselor USM Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, USM dan UPSI perlu untuk co-learn kerana masing-masing mempunyai kepakaran dan kekuatan tersendiri.

upsi 7

upsi 9

“Saya berharap kolaborasi ini menjadi titik tolak kepada lebih banyak jalinan kerjasama dengan UPSI dalam apa bidang sekalipun,” kata Asma di majlis penandatanganan Memorandum Persefahaman antara USM dan UPSI di sini hari ini.

“Tambah pula, di UPSI ini mereka tidak hanya mengajar bakal guru malah lebih kepada mengajar dan memimpin pendidik masa hadapan,” tambah Asma.

Naib Canselor UPSI, Profesor Dato’ Dr. Mohammad Shatar Sabran menyambut baik jalinan kerjasama ini dan berharap kedua-dua institusi menerima manfaat serta dapat dipanjangkan kepada para pelajar dan graduan.

upsi 3

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) UPSI Profesor Dato’ Dr. Noraini Idris; Pendaftar UPSI Mohd Fairus Othman; Dekan Fakulti Seni, Komputeran dan Industri Kreatif UPSI Dr. Maizatul Hayati Mohamad Yatim dan Pemangku Pengarah Nav6 USM Profesor Madya Dr. Wan Tat Chee.

Teks: Nor Rafizah Md Zain / Foto: Mohd Fairus Md Isa 

  • Created on .
  • Hits: 2001

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024