USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KEUNIKAN 5 PROFESOR PPSF ADAKAN SYARAHAN UMUM PELANTIKAN DALAM SATU HARI SERTA PERTUKARAN MOU ANTARA USM DAN 9 INSTITUSI PENDIDIKAN INDONESIA

18301877 715682765282070 1962471611961670235 n

USM, PULAU PINANG, 16 Mei 2017 - Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini mengadakan Syarahan Umum Pelantikan Profesor dengan keunikan tersendiri melalui penampilan 5 orang profesornya dalam majlis yang berlangsung sepanjang hari ini.

Antara Profesor yang mengadakan syarahan umum ini ialah Dekan PPSF Profesor Dr. Habibah Abdul Wahab, Profesor Dr. Syed Azhar Syed Sulaiman, Profesor Dr. Gam Lay Harn, Profesor Dr. Mohamed Azmi Ahmad Hassali dan Profesor Dr. Azmi Sarriff.

Turut diselitkan dalam majlis ini ialah Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara USM dengan 9 buah Institusi Pendidikan dari Indonesia, antaranya Universitas Padjajaran, Universitas Perjuangan Tasikmalaya, Universitas 17 Agustus 1945 Jakarta, Sekolah Tinggi Farmasi Muhammadiyah Tangerang, Universitas Buana Perjuangan Karawang dan Universitas Sanata Dharma.

untitled

untitledsdgsd

Majlis Syarahan Umum Pelantikan Profesor hari ini merupakan rentetan daripada Karnival Hari Terbuka Farmasi yang dianjurkan PPSF pada 11 Mei yang lalu.

Yang turut hadir ke majlis ini ialah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 3415

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024