USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA LOJI JANAKUASA BIOJISIM DENGAN TIGA JENIS PENGGAS

 DSC 9465

NIBONG TEBAL, PULAU PINANG, 16 Mei 2017 - Universiti Sains Malaysia (USM) diharap menjadi peneraju dalam bidang Tenaga Boleh Baharu (TBB) dengan penerimaan loji janakuasa biojisim yang bakal menjadi tumpuan para pelajar serta penyelidik dari seluruh negara. 

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, loji janakuasa biojisim ini adalah sumbangan dari Visdamax (M) Sdn. Bhd. (VISDAMAX) hasil daripada jalinan kerjasama antara USM dengan industri.

DSC 9468

DSC 9470

“USM adalah sebuah universiti yang berfokus kepada kelestarian dan kita semua perlu untuk melakukan tanggungjawab masing-masing untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar kita,” kata Naib Canselor di majlis penyerahan loji janakuasa biojisim dari VISDAMAX kepada USM.

“Melalui jalinan kerjasama ini, sisa-sisa pokok kelapa sawit dapat digunakan bagi menghasilkan Tenaga Boleh Baharu (TBB) seperti yang telah dilakukan di sini bersama dengan VISDAMAX,” tambah Asma.

“Loji janakuasa biojisim ini bernilai RM1.5 juta serta menggunakan tiga jenis penggas biojisim yang merupakan reaktor yang menukar biojisim pepejal kepada gas untuk menjalankan enjin diesel dan petrol,” kata Dekan Pusat Pengajian Kejuruteraan Mekanik (PPKM) USM, Profesor Dr. Zainal Alimuddin Zainal Alauddin.

tui 7

“Loji ini juga mampu menghasilkan 30,000kWh kuasa elektrik sebulan dengan menggunakan sisa di sekitar kampus serta menjimatkan tenaga elektrik sedia ada sebanyak RM8,000 sebulan,” tambahnya.

Pengarah Urusan VISDAMAX, OC Yeoh percaya USM yang namanya telah tersohor dapat menggunakan loji janakuasa biojisim ini dengan sebaiknya serta dapat mengurangkan pencemaran udara dan juga pembakaran terbuka.

tui 4

"VISDAMAX telah merekacipta pembakar yang istimewa bagi menampung keperluan di USM serta akan cuba digunakan di tapak tidak lama lagi," katanya.  

Turut hadir adalah Pengarah Kampus Kejuruteraan, Profesor Dr. Nor Azazi Zakaria serta staf dan pensyarah PPKM.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1598

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024