USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

OASIS 2017: PELUANG STAF TONJOL BAKAT SENI KREATIF

DSC 0100

USM, PULAU PINANG, 14 Mei 2017 – Pameran seni OASIS 2017 yang diadakan baru-baru ini sedikit sebanyak memberi peluang dan ruang buat warga staf Pusat Pengajian Seni, Universiti Sains Malaysia (USM) menonjolkan bakat seni kreatif mereka untuk tontonan umum.

Bertemakan ‘Menduniakan Cinta, Mati, Masa dan Alam Melalui Seni’, lebih daripada 30 karya seni dipertontonkan hasil cetusan staf-staf Pusat Pengajian Seni USM dari pelbagai bidang termasuk staf pentadbiran.

PINTU 4

Menurut Dr. Husaini Yaacob, Pengerusi Pameran Oasis 2017, pameran yang diadakan di Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah (MGTF), USM antara tujuannya mengumpulkan seniman-seniman bagi berkongsi pelbagai terjemahan dan perspektif mengenai pelbagai isu terkini melalui karya seni kreatif.

“Melalui proses artistik berkenaan “menduniakan” dunia hari ini, penganjuran pameran ini berupaya mempengaruhi pelbagai kemungkinan tentang bagaimana sebuah dunia dapat difahami dan dicipta,” katanya.

PINTU 1

pintu 2

Tambahnya lagi, karya seni tidak terhad malah ia boleh dihasilkan oleh sesiapa sahaja dan boleh dinilai sebagai gambaran kepada perspektif seniman terhadap dunia sekelilingnya.

Pameran telah dirasmikan oleh Ombudsman USM, Profesor Dato’ Seri Dr. Md. Salleh Yaapar dan turut hadir bersama ialah Pengarah Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah, Zolkurnian Hassan.

Dalam ucapan ringkasnya, Md. Salleh Yaapar berharap hasil seni kreatif dari warga kampus dapat diketengah dan ditingkatkan pada masa akan datang demi meningkatkan martabat seni tanah air dalam pelbagai konteks dan perspektif.

pintu 30

Pameran Oasis 2017 bermula 11 Mei sehingga 1 Jun 2017, dan semua warga kampus dan luar kampus dijemput hadir ke pameran tersebut.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1649

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024