USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM BERUSAHA LAHIRKAN SISWAZAH HOLISTIK

untitled

PULAU PINANG, 11 April 2015 - Universiti Sains Malaysia (USM) berusaha mengeluarkan siswazah berdaya saing, sentiasa proaktif dalam tindakan sejak menjadi pelajar dengan pencapaian akademik cemerlang. Di samping itu mereka juga aktif dalam aktiviti ko-kurikulum dan berupaya mengendalikan pelbagai aktiviti melalui persatuan dan pertubuhan dengan mencari sendiri penaja.

"Hal ini dibuktikan dengan kejayaan mengendalikan acara besar Malam Kung Fu yang bertemakan 'Impervious Art' ini," kata Timbalan Naib Canselor Bahagian Jaringan Industri dan Masyarakat (BJIM), Profesor Dato' Dr. See Ching Mey merasmikan acara tersebut yang mewakili Naib Canselor di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), di sini malam tadi.

Lebih 1,500 orang termasuk 40 orang warga emas dari The Penang Home for The Infirm and Aged (Rumah Orang Tua Uzur Pulau Pinang) menyaksikan acara tahunan kali Ke-38 tersebut anjuran Kelab Kung Fu USM.

untitleddfhf

Beliau memuji usaha ini yang memerlukan komitmen dan gerak kerja teliti dengan kerja berpasukan secara sukarela yang diharapkan akan terus dilakukan dengan idea-idea baharu yang kreatif dan inovatif bagi mempromosikan budaya seni mempertahankan diri ini untuk diwarisi generasi masa hadapan dan pada masa yang sama mengekalkan kecemerlangan akademik apatah lagi dengan keupayaan menarik ramai penonton dari luar kampus.

 DSC5371

Penonton terpukau dengan persembahan penuh aksi dan unik masyarakat Cina antaranya shaolin, wushu, taiji dan tarian naga akrobatik dan persembahan gendang (drum).

Sebanyak 10 peratus hasil jualan tiket disumbangkan kepada Pusat Jagaan Persatuan Kanak-Kanak Spastik Pulau Pinang (The Cerebral Palsy [Spastic] Children's Association of Penang).

untitled ghj

Naib Yang Dipertua Kelab Kung Fu USM, Tan Heng Yao pula berkata mereka bukan sahaja mampu cemerlang dalam akademik tetapi juga berjaya di dalam bidang ko-kurikulum seperti seni mempertahankan diri ini jika dilakukan dengan bersungguh-sungguh.

 DSC5340

"Kelab Kung Fu USM seringkali membuat persembahan budaya di sekitar negeri Pulau Pinang, seperti mengadakan persembahan di Khoo Kongsi untuk program "An Evening Of Light" dan Armenian Street, Pulau Pinang, persembahan di Penang Times Square yang ditaja Penang Times Square. dan "Penangites Chinese New Year Celebration" baru-baru ini," katanya lagi.

 DSC5270

 DSC5304

Hadir sama ialah suami TNC BJIM, Dr. Sam Teng Wah; Penasihat Kelab Kung Fu USM, Profesor Dr. Yuen Kah Hay serta mahaguru dan jurulatih Kelab Kung Fu USM. - Teks: Siti Naquiah Binti Abdillah/Foto: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1545

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024