USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, GUFS CHINA METERAI MOU PERKUKUH KERJASAMA KAJIAN BAHASA, TERJEMAHAN DAN BUDAYA MELAYU-CHINA

untitledghgtrh

GUANGZHOU, CHINA, 13 Mei 2017 - Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan (PPIK) Universiti Sains Malaysia (USM) hari ini menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Jabatan Bahasa Melayu, Fakulti Bahasa dan Budaya Asia (FBBA), Guangdong University of Foreign Studies (GUFS) di Guangzhou, China.

MoU ini ditandatangani sempena Majlis Perasmian Seminar Terjemahan, Bahasa dan Budaya Melayu-China (STBBMC) anjuran bersama Unit Penyelidikan Terjemahan dan Interpretasi (UniTI), PPIK USM dan Jabatan Bahasa Melayu, FBBA GUFS. 

china 4

Ia bertujuan mewujudkan kerjasama antara kedua-dua universiti dalam pengajaran dan pembelajaran, penyelidikan dan penerbitan bidang Pengajian Melayu dan Bahasa Melayu. 

MoU ini ditandatangani oleh Profesor Dr. Narimah Samat, Dekan PPIK wakil kepada Naib Canselor USM dan Profesor Dr. Yang Minsheng, Dekan FBBA wakil kepada Presiden GUFS.

STBBMC 2017 yang diadakan selama dua hari, 13-14 Mei 2017 telah berjaya menghimpunkan sebanyak 45 kertas kerja daripada pembentang Malaysia dan China yang membincangkan interaksi peradaban Melayu-China melalui aktiviti terjemahan, bahasa dan budaya.

china 8

china 6

Seminar ini bermatlamat untuk:

i) meneroka dan membincangkan isu-isu dalam aktiviti terjemahan, bahasa dan budaya Melayu-China;

ii) membuka gelanggang untuk para pengkaji dan peminat dalam pelbagai disiplin yang melibatkan Melayu-China untuk berkongsi penemuan baharu, pengetahuan dan pengalaman dalam bidang masing-masing; dan

iii) menghimpunkan resolusi bagi memastikan kemampanan interaksi peradaban Melayu-China.

Yang turut hadir ialah Penyandang Kursi Pengajian Melayu di China, Dato' Dr. Awang Sariyan; Konsul-Jeneral Malaysia di Guangzhou, Tuan Muzambli Markam; dan Penyelaras UniTI PPIK USM, Prof. Madya Dr. Goh Sang Seong.

Teks asal & Foto: Prof. Madya Dr. Goh Sang Seong

  • Created on .
  • Hits: 1801

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024