USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

HARI TERBUKA FARMASI BERI PENDEDAHAN MAKLUMAT UBAT-UBATAN KEPADA MASYARAKAT

DSC 9752

USM, PULAU PINANG, 11 Mei 2017 – Pusat Pengajian Sains Farmasi (PPSF) Universiti Sains Malaysia (USM) menganjurkan Karnival Hari Terbuka Farmasi dalam usaha menyalurkan maklumat tentang kebenaran dan kesahihan tentang aspek pendidikan kepenggunaan produk farmaseutikal yang semakin berleluasa secara atas talian kebelakangan ini.

Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hadir merasmikan karnival yang berlangsung selama dua hari bermula hari ini.

Asma dalam ucapan perasmiannya berkata, usaha PPSF menitikberatkan program kemasyarakatan perlu diteruskan khususnya kepada pelajar sekolah supaya mereka dapat menggapai cita-cita mereka untuk masa hadapan.

DSC 9782

DSC 9788

“Dalam era pembangunan globalisasi kini, pembelajaran Sains penting untuk meneruskan kesinambungan untuk masa hadapan walaupun kini revolusi industri menguasai dunia,” tambahnya.

Sempena karnival ini juga, PPSF turut menerima penghargaan daripada United Nations Children’s Fund (UNICEF) di atas sumbangan dan keprihatinan mereka terhadap perkembangan bidang ilmu sains kepada masyarakat melalui program bersama pelajar sekolah.

DSC 9804

DSC 9822

Turut dijalankan sempena karnival ini ialah pelbagai ujian saringan kesihatan seperti ujian glukosa darah percuma, ujian ketumpatan tulang dan kempen derma darah juga disediakan.

Yang hadir sama dalam majlis perasmian tersebut ialah Dekan PPSF Profesor Dr. Habibah A. Wahab; Timbalan-timbalan Dekan dan seluruh warga PPSF.

Teks: Syuhada Abd Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1445

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024