USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

NAIB CANSELOR LAWAT PUSAT PENGAJIAN PENGURUSAN USM

DSC 9608

PULAU PINANG, 8 Mei 2017 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hari ini meluangkan masa mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Pengurusan USM.

Beliau yang disambut oleh staf-staf akademik dan pentadbiran diketuai Dekannya, Profesor Dr. Fauziah Md Taib telah membincangkan beberapa perkara dan perkembangan semasa berkaitan pusat pengajian berkenaan.

DSC 2021

DSC 2028hjfku

Pada sesi lawatan tersebut, Naib Canselor berharap Pusat Pengajian Pengurusan mampu bertindak sebagai peneraju kepada pengurusan kewangan dan perniagaan secara keseluruhan melalui kepakaran yang dimiliki agar berupaya menggerakkan semua jabatan dalam aspek penjanaan pendapatan berfokus pengantarabangsaan.

Turut hadir adalah Timbalan-Timbalan Dekan, pensyarah, pegawai serta staf pentadbiran pusat pengajian terbabit.

Teks: Mohd Azrul Mohd Azhar

  • Created on .
  • Hits: 1434

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024