USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM TERIMA PENILAIAN POSITIF BAGI MyRA 2016

myra 78

USM, PULAU PINANG, 4 Mei 2017 – Sesi penilaian Universiti Penyelidikan melalui instrumen Malaysia Research Assessment (MyRA) bagi tahun 2016 yang dijalankan untuk Universiti Sains Malaysia (USM) selama dua hari berakhir hari ini mendapat maklum balas serta laporan yang positif dari keseluruhan panel penilai.

Menurut Ketua Panel Penilai, Dato’ Profesor Emeritus Dr. Md Ikram Mohd Said, data MyRA USM secara keseluruhannya adalah baik.

“Bagi MyRA I, prestasi USM adalah cemerlang bagi Seksyen B (Kualiti dan Kuantiti Penyelidik), Seksyen C (Kualiti dan Kuantiti Penyelidikan), Seksyen D (Kualiti dan Kuantiti Pasca Siswazah) dan juga Seksyen H (Kemudahan Sokongan).

“Bagi MyRA II pula, USM cemerlang untuk Seksyen D (Kualiti dan Kuantiti Pasca Siswazah), Seksyen F (Perkhidmatan Profesional dan Hadiah) dan Seksyen H (Kemudahan Sokongan),” kata Md Ikram.

“Namun demikian, terdapat bahagian atau seksyen yang masih memerlukan perhatian serta peningkatan pemahaman yang lebih terhadap kedua-dua glosari MyRA I dan MyRA II,” tambah Md Ikram ketika membentangkan laporan hasil penilaian data MyRA kepada pengurusan USM.

“Saya bagi pihak universiti ingin mengucapkan terima kasih kepada semua panel penilai MyRA 2016 yang sudi ke sini untuk melihat dan menilai data dengan lebih terperinci,” kata Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

“Saya pasti pandangan dan maklum balas yang diberikan oleh panel dapat membantu universiti untuk menjadi lebih baik bukan hanya membetulkan tetapi mengajar dan berkongsi cara untuk menambahbaik pada masa akan datang,” tambah Asma. 

Turut hadir ialah Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi) Profesor Dato’ Dr. Muhamad Jantan dan Timbalan Naib Canselor (Jaringan Industri dan Masyarakat) Profesor Dr. Abdul Rahman Mohamed serta pengurusan tertinggi dan ketua jabatan USM.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1676

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024