USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MD. SALLEH YAAPAR ANTARA PENERIMA ANUGERAH PERDANA DI MAJLIS ANUGERAH BUKU NEGARA

18195059 1399472413447121 6966405173510780500 n

PULAU PINANG, 3 Mei 2017 - Ombudsman USM, Profesor Dato' Seri Dr. Md Salleh Yaapar kelmarin menerima Anugerah Perdana bagi Penyelidik Sastera dan Budaya Melayu Prolifik bersama dengan 9 lagi penerima di Majlis Anugerah Buku Negara dan Pengumuman Calon Anugerah Telenovela 2017.

9 lagi penerima lain adalah Dr. Adnan Mohd Nawang bagi Sejarawan Biografi Malaysia, Yahaya Ismail (Pengarang Prolifik Sepanjang Zaman), Syed Hussein Al Attas (Pengarang Sepanjang Zaman - Politik), Datuk Dr. Afifuddin Omar (Novelis Berunsur Sejarah), Ishak Hamzah (Aktivis Buku Negara), Tan Sri Dr. Alies Anor Abdul (Pemikir Politik), Datuk Dr. Ivan Hoe Wat Sing (Penerbit Prolifik), Profesor Datuk Seri Dr. Khairil Annas Jusoh (Buku Patriotik) dan Mohana Gill (Best of the Best).

Tiga kategori anugerah disampaikan pada majlis itu membabitkan Anugerah Perdana, Anugerah Pengajian Tinggi dan Anugerah Industri, dan disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Dato’ Seri Mahdzir Khalid yang mewakili Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Mengikut statistik yang dikeluarkan Perpustakaan Negara tahun 2010 hingga 2016, Malaysia menerbitkan antara 16,000 hingga 18,000 judul buku baru.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1309

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024