USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KETUA PUSTAKAWAN PERTAMA USM IMBAU KENANGAN LAWAT PERPUSTAKAAN HAMZAH SENDUT

USM, PULAU PINANG, 15 April 2017 – Ketua Pustakawan pertama Universiti Sains Malaysia (USM), Edward Lim Huck Tee hadir bersama isteri melawat Perpustakaan Hamzah Sendut dalam mengimbau kenangan selama beliau bekerja di USM.

Edward Lim yang disambut oleh Pemangku Ketua Pustakawan, Engku Razifah Engku Chik kemudiannya dibawa melawat sekitar perpustakaan dan perjumpaan bersama staf perpustakaan.

Engku Razifah dalam ucapan aluannya berkata, kedatangan Edward Lim ke perpustakaan merupakan satu penghormatan dan penghargaan besar kepada seluruh warga perpustakaan.

“Kedatangannya pada hari ini dapat mengimbau kenangan selama 19 tahun beliau berkhidmat di USM sejak tahun 1969,” tambahnya.

Jelasnya lagi, Edward Lim banyak memberi sumbangan terutamanya semasa penubuhan perpustakaan dan telah banyak berjasa kepada USM.

Edward dan isteri turut mengadakan lawatan ke Muzium dan Galeri Tuanku Fauziah serta mengadakan kunjungan hormat ke atas Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail.

Teks: Syuhada Abd. Aziz

  • Created on .
  • Hits: 1307

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024