USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

LARIAN SERIBU LANGKAH DIDIK MASYARAKAT ATASI OBESITI DAN PENYAKIT

20150411 090412 resized

KETEREH, KELANTAN, 11 April 2015 - Bagi menggalakkan rakyat Malaysia melakukan aktiviti fizikal untuk menjadi lebih cergas dan memberi kesedaran kepada masyarakat mengenai kepentingan mengamalkan gaya hidup sihat, Ahli Parlimen Ketereh Tan Sri Datuk Seri Panglima Hj Annuar Musa menganjurkan Program Larian Seribu Langkah di Sekolah Kebangsaan Seri Ketereh hari ini yang dirasmikan oleh Pengarah Kesihatan Negeri Kelantan Dato' Dr. Hj. Ahmad Razin bin Dato' Hj. Ahmad Mahir.

Bahagian Pendidikan Kesihatan USM Kampus Kesihatan turut menyertai program ini dengan mengadakan pameran kesihatan.

20150411 090439 resized

Menurut Annuar, penglibatan agensi awam seperti USM pada program kali ini dapat mewujudkan semangat kerjasama dan mendokong hasrat kerajaan dalam strategi lautan biru melalui perkongsian pintar pelbagai agensi awam masyarakat.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kelantan berkata masyarakat perlu menjalani hidup aktif dan sedar kepentingan menjaga kesihatan.

"Berdasarkan kajian perubatan British The Lancet, Malaysia mempunyai kadar obesiti paling tinggi di Asia dengan 44 peratus terdiri daripada lelaki serta 49 peratus wanita dengan keseluruhan 45.3 peratus rakyat negara ini berdepan masalah itu," kata Ahmad Razin.

IMG 20150411 WA0001dsg

IMG 20150411 WA0002

Tambahnya lagi, kajian National Health and Mobility Survey 2011, memunjukkan penghidap penyakit tidak berjangkit juga tinggi di negara ini iaitu diabetes atau kencing manis 15.2 peratus, darah tinggi 32.7 peratus dan kandungan kolesterol yang tinggi 35 peratus.

"Kerana itu juga kerajaan melalui Kementerian Kesihatan Malaysia berhasrat menjadikan budaya bersukan sebagai salah satu polisi untuk membendung masalah obesiti rakyat negara ini yang dikatakan tertinggi di Asia," katanya lagi. - Teks : Mohamad Iqmal Mathlan & Abd Aziz Latif/Foto: Wan Mohamad Rasidi/Suntingan: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1523

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024