USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

BENGKEL PANDUAN IBADAH SOLAT UNTUK PENGAMAL PERUBATAN BANTU PESAKIT

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 10 April 2015 - Sesuai dengan usaha menjadikan Hospital USM mesra ibadah, Persatuan Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan mengadakan Program Penjelasan Panduan Ibadah Solat Pesakit sempena Konvensyen Fiqh Perubatan.

Wakil dari Persatuan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia, Dr Azaharim Omar berharap Bengkel ini membolehkan peserta mendapatkan ilmu tentang kaedah pelaksanaan ibadah solat pesakit untuk membantu para pesakit menjalani ibadah solat ketika sakit atau terlantar di hospital.

Bengkel ini dikendalikan Azaharim Omar bersama-sama Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Pusat Islam USM Ustaz Adli Abd Rozak yang dihadiri oleh 200 orang dari pelbagai agensi.

Para peserta turut diberikan panduan praktikal ibadah solat pesakit daripada cara bertayamum sehinggalah kepada cara solat ketika sakit.

"Adalah diharapkan agar program ini dapat diteruskan pada masa akan datang dan memberi manfaat kepada masyarakat keseluruhannya," kata Azaharim. - Teks: Mohamad Iqmal Mathlan & Wan Azahar Wan Ahmad/Suntingan: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1529

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024