USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TEROKA PENDEKATAN PENGAJARAN DAN POTENSI STAF - NC SERU PPBLT

bahasa 5

USM, PULAU PINANG, 13 April 2017 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail baru-baru ini telah mengadakan lawatan ke Pusat Pengajian Bahasa, Literasi dan Terjemahan (PPBLT).

Dalam lawatan ini, Asma menekankan bagaimana PPBLT boleh mempelbagaikan kaedah pengajaran bahasa supaya lebih ramai pelajar akan berminat untuk mengikut subjek-subjek bahasa yang ditawarkan, sesuai dengan era globalisasi dan abad ke-21.

Asma turut menyeru supaya PPBLT melaksanakan keadah pengajaran ‘blended learning’, yang menggabungkan pengajaran di dalam kelas dan juga di atas talian (online) secara digital.

“Ini bukan sahaja dapat meningkatkan bilangan pelajar tetapi juga membolehkan keadah yang lebih berkesan dari segi kos (cost-effective) dilaksanakan termasuk untuk Program E-Masters bagi mod kerja kursus dan penyelidikan,” katanya.

Selain itu, staf PPBLT juga digalakkan memohon geran-geran di peringkat antarabangsa bagi penyelidikan atau kajian yang dijalankan.

Asma mencadangkan agar dapatan kajian itu seterusnya diterbitkan di dalam jurnal-jurnal berimpak tinggi, seperti di bawah SCOPUS dan ERA.

DSC 7283

Tidak ketinggalan juga, beliau mengingatkan agar pihak PPBLT meneruskan usaha meningkatkan tahap ‘employability’ bagi para graduan dalam bidang berkaitan. Ini amat penting dalam memastikan mereka akan memperolehi pekerjaan dalam tempoh yang diharapkan.

Selain itu, perlu diwujudkan satu hubungan berterusan (networking) di antara pusat pengajian dan para graduan atau alumni yang telah mencapai kejayaan di dalam bidang yang diceburi masing-masing.

Sementara itu, Dekan PPBLT, Profesor Dr. Tengku Sepora Tengku Mahadi turut mengadakan pembentangan berkaitan latar belakang, strategi dan output pusat pengajian.

Seramai 160 staf PPBLT hadir dalam sesi lawatan tersebut, termasuk staf dari Kampus Kesihatan melalui keadah telesidang.

Teks: Mazlan Hanafi Basharudin

  • Created on .
  • Hits: 1281

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024