USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

“STREETWORKOUT” – KEUNIKAN TERBARU UNTUK WARGA USM

tot 64

USM, PULAU PINANG, 18 April 2017 – Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) Universiti Sains Malaysia (USM) telah melancarkan ‘Streetworkout’ di Stadium USM semasa perasmian Temasya Olahraga Tahunan (TOT) ke-43 baru-baru ini.

Menurut Pengarah Projek, Mohd Uzair Ahmad, ‘Streetworkout’ ini terdiri daripada elemen palang-palang besi yang akan diletakkan di Tasik Fajar USM untuk tujuan digunakan bersama oleh warga USM untuk melakukan senaman.

“Antara objektif ‘Streetworkout’ ini dilancarkan dan diwujudkan adalah untuk memperkembangkan potensi diri pelajar dalam bidang sukan dan melahirkan mahasiswa H.E.B.A.T. selaras dengan hasrat universiti. Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk menggilap bakat-bakat baru siswa-siswi USM yang boleh dimajukan demi sukan USM serta mengalakkan gaya hidup yang sihat,” jelas Uzair, Pemangku Naib Yang Dipertua MPP USM.                  

“Projek ini mampu menarik belia kerana ia merupakan satu program sukan kos rendah, sesuai untuk belia yang menginginkan tubuh badan yang sihat di samping mampu mencungkil bakat-bakat yang terpendam dalam kalangan siswa-siswi USM,” tambah Uzair.

Jelasnya lagi, projek ini boleh dikormersilkan dengan cara meganjurkan pertandingan ‘streetworkout’ di peringkat universiti, negeri malahan negara kelak bagi mewujudkan golongan belia yang serba boleh dan meminati sukan ini,” tegas Uzair lagi.

“Projek ini juga mampu mengorak langkah lebih jauh lagi kerana ia merupakan projek sukan yang sesuai dengan semua peringkat umur dan yang pentingnya ialah sukan palang besi ini tidak memerlukan kos untuk sesiapa sahaja yang ingin mencubanya untuk mendapatkan tubuh badan yang ideal dan sihat,” tambah Uzair.

Teks: Ruziatun Amirah Ismail (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1196

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024