USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

FATIN BANTU MALAYSIA GENGGAM EMAS PERTAMA KEJOHANAN MEMANAH UNIVERSITI ASIA

17952476 1379831168744579 8785246276341935767 n

NILAI, 16 April 2017 - Skuad memanah Malaysia meraih emas pertama menerusi Ratu Compound Negara, Fatin Nurfatehah Mat Salleh, 26, dalam acara Compound Wanita di Kejohanan Memanah Universiti Asia, hari ini.

Fatin yang merupakan penuntut Pusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia (USM) berjaya menewaskan pemanah dari Taiwan, Ting Hsuan Lee dengan mata 144-139 dalam kejohanan tersebut yang berlangsung di Stadium Kompleks Sukan Tunku Najihah Universiti Sains Islam Malaysia (USIM).

Selain itu, Fatin juga membantu pasukannya memperolehi 2 perak masing-masing dalam acara pasukan campuran dan berpasukan.

Sepanjang penglibatannya, Fatin telah memenangi beberapa kejohanan dunia iaitu Kejohanan Memanah Piala Dunia 2015 (1 emas berpasukan), Kejohanan Memanah Piala Asia 2015 (1 perak berpasukan dan 1 gangsa individu), Kejohanan Memanah ASEAN 2015 (1 gangsa berpasukan), Sukan SEA ke-28 Singapura (3 emas untuk individu, berpasukan dan campuran).

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1199

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024