USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TOT 43 SERLAH KEHEBATAN PELAJAR DAN STAF USM DALAM BIDANG SUKAN

EAM 9783

USM, PULAU PINANG, 14 April 2017 - Temasya Olahraga Tahunan (TOT) merupakan acara sukan tahunan yang besar dan istimewa kerana melibatkan kampus-kampus utama Universiti Sains Malaysia (USM) iaitu Kampus Induk, Kampus Kejuruteraan, Kampus Kesihatan dan Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT).

Menurut Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail, penganjuran temasya olahraga ini dapat merealisasikan fokus utama universiti APEX USM dalam pembangunan bakat pelajar cemerlang ke tahap global dari segi pencapaian akademik dan sukan.

EAM 9800

"Saya yakin dengan motto Temasya Olahraga tahun ini ‘Together On Track’ dan tema Kepahlawanan yang memberi penekanan kepada aspek patriotisme, kecemerlangan dan keunikan, ia akan memperkuatkan azam Jawatankuasa Pengelola dan Sekretariat untuk memastikan kualiti atlet yang bertanding dan mutu pertandingan berada pada tahap terbaik.

“Untuk menjadikan Temasya Olahraga lebih berprestij dan unik di masa akan datang, saya cadangkan acara larian berganti-ganti dan tarik tali jemputan universiti dipertandingkan agar dapat menarik penyertaan universiti IPTA dan IPTS dalam dan luar negara,” jelas Asma semasa ucapan perasmian TOT ke-43 di Stadium Olahraga USM kelmarin.

tot 152

Sementara itu, menurut Pengurusi Jawatankuasa Pengelola  TOT 43, Muhammad Aminnudin Raihanulazmi, motto kali ini sesuai dengan penglibatan siswa-siswi dalam pembangunan sukan olahraga dan balapan dan pada temasya kali ini, sebanyak 11 kontingen mengambil bahagian terdiri daripada 10 kontingen Desasiswa dan 1 kontingen staf USM.

“TOT kali ini juga diserikan lagi dengan TOT Fiesta yang berlangsung pada 12 April 2017 lalu di sekitar Stadium Olahraga USM meliputi aktiviti Zumba, TOT Amazing Race, Vespa Show, Carboot Sale, Giant Bubbles, TOT Challenges, dan Busking. Acara ini telah membawa kelainan kepada temasya tahun ini.

“Semoga penganjuran temasya seperti ini di USM mampu melahirkan mahasiswa yang berbakat dan hebat dalam arena sukan serta dapat membawa nama USM ke peringkat yang lebih tinggi dalam konteks sukan universiti,” kata Aminnudin. 

tot 343

Penaja utama TOT kali ini adalah Syarikat Nestle Product Sdn Bhd,  FORZA Marketing and Distribution (M) Sdn. Bhd, pengeluar peralatan fisioterapi, dan juga CIMB Bank.

Teks: Ruziatun Amirah Ismail (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1393

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024