USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KOR SISPA BAKAL BENTUK PELAJAR YANG H.E.B.A.T

EAM 9154

USM, PULAU PINANG, 12 April 2017 – Aktiviti badan beruniform amat digalakkan dalam kalangan pelajar-pelajar universiti supaya budaya berdisiplin dan berintegriti dapat diterapkan bukan sahaja di dalam badan beruniform tetapi untuk kehidupan pada masa hadapan.

Demikian ucapan Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail di majlis perasmian Pejabat Kor Siswa Siswi Pertahanan Awam (SISPA) USM dan pemakaian pangkat.

“Penubuhan Kor Sispa ini dapat memperkasakan kemahiran insaniah dan memperkukuhkan jati diri dalam kalangan pelajar serta menekankan pencapaian akademik yang cemerlang untuk membentuk pelajar yang H.E.B.A.T (Holistic, Entrepreneur, Balance, Articulate dan Thinking),” kata Asma.

EAM 9164

jpam 45

Kor Sispa USM Induk telah ditubuhkan secara rasmi pada tahun 2015 dengan kerjasama erat USM dengan Angkatan Pertahanan Awam (APM). Pegawai Kadet Sispa (PKS) telah meningkat dari awal penubuhan sehingga sekarang iaitu seramai 153 orang.

Sementara itu, Ketua Pesuruhjaya Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Mejar Jeneral Dato’ Azmy Haji Yahya (Bersara) di dalam ucapan perasmian beliau menyatakan bahawa masih ada institusi yang belum menyertai APM dan penyertaan daripada Institut Pengajian Tinggi amat dialu-alukan.

Tambah beliau, usaha USM dalam menyediakan sebuah pejabat khusus untuk Kor Sispa merupakan satu langkah yang proaktif bagi membantu dan meningkatkan mutu serta kualiti Kor Sispa.

EAM 9188

jpam 5

Pengurusan tertinggi APM amat berharap dan memandang serius ke arah membina masa depan APM yang lebih gemilang dan perlu berusaha untuk meningkatkan imej dan nama baik APM.

Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) USM, Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah telah dilantik sebagai Komandan Kor Sispa USM, manakala Pengarah Kampus Kesihatan, Profesor Dr. Ahmad Sukari Halim dilantik sebagai Timbalan Komandan Kor Sispa USM Kampus Kesihatan.

jpam 90

Turut hadir ke majlis ini ialah Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia Negeri Pulau Pinang, Kolonel (PA) Pang Ah Lek; Pengarah Pusat Rancangan Kokurikulum merangkap Timbalan Komandan Kor Sispa USM, Kolonel Bersekutu Pertahanan Awam Profesor Madya Dr. Ahmad Tajuddin Othman; Pegawai-pegawai APM, Pegawai-pegawai Bersekutu APM Negeri Pulau Pinang, Pegawai-pegawai Bersekutu APM USM, Penyelaras dan Pengerusi-pengerusi Rancangan Kokurikulum USM dan Pegawai Kadet Kor Sispa USM.

Teks: Nur Shahidatul Shahira Bt Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 3359

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024