USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM KOMITED BANTU MANGSA BENCANA BANJIR KELANTAN

P4

KUBANG KERIAN, KELANTAN, 4 April 2015 - Menyedari hakikat sebenar kesukaran dilalui mangsa bencana banjir Kelantan yang kehilangan tempat kediaman sewaktu kejadian banjir besar Disember lalu, Universiti Sains Malaysia (USM) dengan kerjasama Jabatan Pendidikan Negeri Kelantan, Persatuan Kecergasan Kelantan, Persatuan Pengguna Islam Kelantan dan Syarikat Forever Living Products (M) Sdn. Bhd., mengadakan Larian Amal Sihat Sepanjang Hayat Kota Bharu 2015 untuk mengumpul dana membantu pembinaan rumah transit kepada mereka.

P7

Sejumlah RM 48,000.00 telah berjaya dikumpul dan dana tersebut juga telah diserahkan kepada Setiausaha MERCY Malaysia (Chapter Kelantan) Mohd Amir Hanifa yang hadir dalam program larian amal itu.

P14

Berucap merasmikan larian amal tersebut, Pengerusi Jawatankuasa Penganjur Profesor Dr. Ab Aziz Al-Safi Ismail berkata, pihak USM tetap komited dalam membantu mangsa banjir di Kelantan dari semasa ke semasa selagi diperlukan.

“Saya amat berterima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program larian amal ini dan sumbangan anda semua amat bermakna kepada mereka yang memerlukan,” kata Ab Aziz Al-Safi.Program larian amal ini menarik 700 orang peserta dari dalam negara dan luar negara dengan beberapa kategori yang dipertandingkan iaitu Lelaki/Wanita Terbuka, Lelaki/Wanita Veteran, Lelaki/Wanita Junior serta Lelaki/Perempuan Kanak-Kanak dengan jumlah hadiah bernilai RM 6,000.00.

P8

P9

“Gembira rasanya kerana menjadi juara untuk kategori yang saya sertai, tapi apa yang membuatkan saya lebih gembira ialah dapat menyertai larian amal ini dan berkenalan dengan masyarakat Kelantan, satu pengalaman baru buat diri saya,” kata Simon Rotich, peserta dari Kenya yang turut sama dalam program ini.

P2hgk

P11

Bagi peserta wanita veteran pula, Maimon Abdullah yang turut menjuarai kategori tersebut memberitahu sebab utama beliau menyertai program sebegini ialah untuk menjaga kesihatan diri selain mengamalkan cara hidup yang lebih sihat.

Penaja utama program, Pengarah Urusan Syarikat Forever Living Products (M) Sdn. Bhd. (Malaysia, Singapura dan Brunei) C.G Tan berkata syarikatnya terpanggil untuk turut sama dalam program larian amal ini kerana simpati dengan masyarakat Kelantan yang musnah harta benda akibat musibah banjir yang melanda.

“Kami cuba bantu sedaya mungkin dan kami harap sumbangan ini sekurang-kurangnya mampu memberikan sedikit keselesaan kepada mereka yang terlibat,” kata Tan.

P15

P16

Hadir sama dalam program ini ialah Presiden Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Kelantan, Dato’ Seri Dr. Mohd Farid Dato’ Ghani, Ketua Polis Daerah Kota Bharu Kelantan, ACP Rohaimi Md Isa dan Penolong Pengurus Syarikat Forever Living Products (M) Sdn. Bhd., Jenny Chua.Program larian amal ini juga turut diserikan dengan persembahan nyanyian daripada KB Buskers. - Teks: Mohd Rodin Che Yusoff/Suntingan: Mohamad Abdullah

  • Created on .
  • Hits: 1308

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024