USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

TAHNIAH SEMUA PENERIMA APC USM 2016

EAM 8729

11 April 2017 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail mengucapkan tahniah dan syabas kepada 381 staf yang menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2016 di Majlis Penghargaan Universiti di Hotel Vistana, Pulau Pinang.

APC adalah tanda penghargaan Universiti kepada staf yang telah mencurahkan khidmat bakti yang cemerlang kepada USM yang tercinta.

Seramai 276 penerima adalah dari Kampus Induk, 61 dari Kampus Kejuruteraan dan 44 dari Institut Perubatan dan Pergigian Termaju (IPPT) dari pelbagai gred jawatan dan skim.

lanavasy

Pada majlis yang sama, Naib Canselor turut melancarkan sebuah sistem yang dibangunkan bersama oleh Jabatan Pembangunan di ketiga-tiga kampus, Bahagian Sumber Manusia serta PPKT-IPPT iaitu Sistem Pengurusan Pengangkutan Universiti (SPPU) USM. 

EAM 8883

Sistem ini dapat memantau tempahan kenderaan dan pemandu secara lebih sistematik merentasi ketiga-tiga kampus dan boleh digunakan sepenuhnya bermula 15 April 2017.

Teks: Nor Rafizah Md. Zain

  • Created on .
  • Hits: 1452

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024