USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM, THE STAR LANCAR BIASISWA SOO EWE JIN BIAYAI PELAJAR KEWARTAWANAN USM

17760008 1368249373236092 7227838488843905936 n

PETALING JAYA, 7 April 2017 - Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM) Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hari ini menandatangani dokumen ‘Trust Deed’ bersama-sama Pengarah Urusan Kumpulan & Ketua Pegawai Eksekutif Star Media Group, Datuk Seri Wong Chun Wai serta isteri kepada mendiang Soo Ewe Jin (bekas Editor Eksekutif The Star), Puan Lim Fong Lan sebagai simbolik kepada pelancaran Biasiswa Soo Ewe Jin (SEJ) yang dikhususkan buat pelajar USM.

Biasiswa SEJ (SEJ Scholarship) ditubuhkan dengan dana berjumlah RM50,000 dan sebagai tambahan, Naib Canselor turut mengumumkan USM akan turut menyumbang dana berjumlah RM50,000 kepada tabung biasiswa tersebut yang dikhususkan kepada pelajar program Ijazah Sarjana Muda Komunikasi yang memilih pengkhususan Kewartawanan.

17799040 1368249386569424 4988537162691993373 n

17760179 1368249406569422 4748201409806443000 n

Biasiswa SEJ ini ditubuhkan bagi memperingati jasa, ketinggian budi dan impak yang telah diberikan oleh mendiang Soo Ewe Jin khususnya penulisan beliau dalam ruangan Sunday Starters yang telah banyak menyentuh hati rakyat  Malaysia tidak mengira bangsa dan agama.

Naib Canselor USM turut menzahirkan rasa terharu di atas pemilihan USM sebagai pemegang amanah biasiswa berkenaan dan komited untuk memilih hanya calon terbaik yang berupaya menyerlahkan potensi sebagai penulis yang dapat menjadi agen perubahan ke arah memperkasakan komuniti melalui penulisan, bersesuaian dengan legasi yang telah diwariskan oleh mendiang Soo Ewe Jin.

17796778 1368249416569421 3826003775993638551 n

17796017 1368249443236085 6638057915026597948 n

Yang turut hadir di majlis yang diadakan di Menara Star itu ialah Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni) USM, Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein.

Teks: Marziana Mohamed Alias

  • Created on .
  • Hits: 1255

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024