USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

ALUMNI, PELAJAR USM BAWA NAMA MALAYSIA KE FILIPINA

 IMG 28221

PULAU PINANG, 5 April 2017 - Pelajar Ijazah Sarjana dalam bidang Kewangan Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Siti Zurianah Ismail dan alumni tahun 2013, Ameera Nadia Shafiee terpilih mewakili Persatuan Jaringan Pembangunan Manusia Luar Bandar (DHRRA) Malaysia ke persidangan DHRRA ASEAN dalam program Training of Trainers (TOT) Serantau Modul 2 di Cebu, Filipina.

Persidangan Regional Cooperation to Empower Rural Development Organisations ASEAN (ReCoERDO) anjuran DHRRA ASEAN ini bertujuan meningkatkan kompetensi peserta dalam menyediakan dan mengembangkan cadangan projek pembangunan masyarakat berasaskan keperluan golongan wanita, belia dan masyarakat luar bandar.

WhatsApp Image 2017 04 06 at 10.27.06 AM

WhatsApp Image 2017 04 06 at 10.27.07 AM

Program yang disertai perwakilan dari negara-negara ASEAN itu antara lain menjadi platform diskusi membincangkan amalan terbaik, aktiviti, idea dan harapan untuk terus menganjurkan program-program yang dapat memperkasa golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).

WhatsApp Image 2017 04 06 at 10.27.08 AM

Siti Zurianah yang pernah merangkul anugerah Tokoh Sukarelawan Siswa Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) kini bertugas sebagai Felo Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia dan Ameera Nadia yang kini menyandang jawatan Ahli Parlimen Belia Pulau Pinang akan berada di Filipina sehingga 9 April ini.

Teks: Nur Shahidatul Shahira Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1571

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024