USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

PELAJAR USM GUNA KAEDAH 'INTERVENSI' SELAMI KEHIDUPAN DAN PERMASALAHAN GOLONGAN GELANDANGAN

 17523210 170677623452599 8041883243550517095 n

GEORGE TOWN, PULAU PINANG, 4 April 2017 - Tiga orang pelajar tahun 1 rancangan Kerja Sosial Universiti Sains Malaysia (USM), Bashiroh Badri, Muhammad Shukur Md Yusof, dan Syamin Fitri telah mewakili Kelab Kerja Sosial USM dalam Program Khidmat Masyarakat Epilog Jalanan di sekitar Georgetown anjuran Kelab PLUS RN3N6 dengan kerjasama Jabatan Kebajikan Masyarakat dan Anjung Singgah Lebuh Chulia bagi menangani isu gelandangan yang semakin meningkat kini.

Menurut Bashiroh Badri, selaku ketua wakil pelajar USM, program tersebut adalah bertujuan mengenalpasti gelandangan yang mempunyai pekerjaan tetapi tidak mempunyai tempat tinggal serta mendapatkan maklumat mengenai aktiviti gelandangan dari aspek pengambilan barang terlarang.

17795818 170677496785945 9051025440646649539 n

17796171 170677893452572 3797415784095308307 n

"Bukan itu sahaja, program ini juga dijalankan untuk memberi pendidikan dan intervensi kepada gelandangan supaya mereka dapat keluar daripada kepompong kemiskinan," jelasnya.

Sementara itu, bagi Syamin Fitri pula, melalui program sebegini, beliau memperoleh pengalaman bertemu dengan gelandangan jalanan yang mana ia merupakan program pertama beliau bersama gelandangan.

Tambah beliau lagi, melalui intervensi yang dilakukan, mereka dapat mengenalpasti beberapa punca sebenar golongan ini menjadi gelandangan iaitu kerana kesukaran mendapatkan rumah, kos rumah tinggi dan pendapatan mereka yang rendah justeru melalui program ini juga, ia telah mengubah tanggapan buruk kami terhadap gelandangan.

Muhammad Shukur Md Yusof pula berpendapat program ini memberi pengalaman kepadanya untuk membantu golongan gelandangan yang kurang bernasib baik khususnya memberikan sokongan moral dan berdamping dengan mereka untuk mereka memperkasa diri.

"Kebanyakan daripada mereka berada dalam dilema masalah kehidupan masing-masing, tetapi tiada tempat luahan dan mereka mempunyai keinginan dan cita-cita untuk menjadi seperti insan yang lain tetapi mereka tiada sokongan dan hala tuju bagaimana untuk mencapai kehidupan yang terbaik.

17760088 170677723452589 827041944099551191 n

"Justeru, saya berusaha menyelami masalah mereka ketika sesi intervensi berbentuk menghargai kehidupan, matlamat, dan semangat," tambah beliau lagi.

Antara aktiviti yang dijalankan ialah slot intervensi bersama gelandangan dan penghuni Anjung Singgah bagi memperkasa mereka untuk mendapatkan kehidupan lebih baik serta aktiviti pembersihan diri dan pemberian makanan kepada gelandangan di sekitar George Town.

Teks: Hafiz Meah Ghouse Meah

  • Created on .
  • Hits: 1870

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024