USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MBK’17 KEKALKAN TRADISI ETNIK SARAWAK

17458118 1273820892687007 2598790863481995435 n

USM, PULAU PINANG, 28 Mac 2017 – Malam Bumi Kenyalang 2017 (MBK’17) kali yang ke-7 mengekalkan tradisi etnik Sarawak dari segi pakaian, tarian dan pertandingan Keling dan Kumang dengan bertemakan Myths and Legends of Sarawak.

Ronee Anak Jemat dari Universiti Sains Malaysia (USM) dinobatkan sebagai Keling dan Julia Ding Anak Marending dari Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) dinobatkan sebagai Kumang. Mengikut Lagenda Kumang dan Keling dalam masyarakat Iban, Keling merupakan lelaki yang mempunyai badan yang tegap, berwajah tampan, dan berani manakala Kumang merupakan isteri kepada Keling yang berwajah yang cantik, lemah lembut dan pandai dalam semua bidang.

17457766 1273825442686552 1828890781392553570 n

17458037 1273825299353233 8593185992850929514 n

Sebanyak 8 buah universiti terlibat dalam MBK’17 termasuk USM yang dianjurkan  oleh Perkumpulan Anak-Anak Sarawak (PERKASA) USM dan dirasmikan oleh Pengarah Pusat Pembangunan Pelajar USM, Dr Nazarudin Zainun mewakili Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pembangunan Pelajar dan Alumni USM.

Universiti yang terlibat adalah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Utara Malaysia (UUM), UPSI, Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaysia Pahang (UMP).

UPSI telah dinobatkan juara keseluruhan untuk MBK’17 dan diikuti dengan UPM iaitu naib juara dan tempat ketiga ialah UMP. Kostum terbaik dimenangi oleh UPM manakala koreografer terbaik dimenangi oleh UPSI. 

17499583 1273825242686572 1793227256929351674 n

Turut hadir ialah Pegawai Khas kepada Menteri Kerja Raya yang juga Ahli Parlimen Petra Jaya, Sarawak, Md. Rafique Hafeedzy Muhammad Agus, Penasihat PERKASA USM Fadzilla Bosman dan pegawai-pegawai USM.

Teks: Nur Shahidatul Shahira Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1361

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024