USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM MUZIKAL BUDDHIST 'SERENITY' TAMPIL KEUNIKAN KEHARMONIAN MUZIK UNTUK KETENANGAN

16865037 1557585144256533 6897519620023157776 n

USM, PULAU PINANG, 1 April 2017 - Warga Universiti Sains Malaysia (USM) dan orang ramai dijemput untuk menghadiri Persembahan Muzikal Buddhist bertemakan 'Serenity' anjuran Persatuan Pelajar Buddhist USM (PPBUSM) dengan kerjasama Tempero Music Society yang akan diadakan pada 15 April 2017 di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP), USM.

Menurut Pengarah Projek, Liew Huey Chin, malam muzikal Buddhist ini diadakan sempena ulangtahun ke-45 PPBUSM ini yang memperlihatkan persembahan muzikal secara langsung dan mampu menenangkan fikiran bagi mewujudkan kehidupan yang harmoni dan sihat dalam kalangan komuniti tempatan.

"Dalam era teknologi kini, muzik dan drama adalah satu unsur yang sangat disukai oleh orang ramai dan sering digunakan sebagai medium untuk menenangkan fikiran terutama dalam dunia yang penuh dengan tekanan kini.

“Oleh itu, dengan adanya persembahan muzikal ini, ia diharapkan mampu menyebarkan aura positif kepada mereka yang hadir," kata Huey Chin.

Sementara itu, Pengarah Tempero Music Society, Siauw Wen Ti pula berkata, persembahan muzikal yang diadakan kelak mengandungi mesej tertentu yang dapat memberikan ketenangan kepada hati dan jiwa manusia.

"Persembahan yang diadakan semuanya adalah secara langsung termasuk muzik, dan antara persembahan yang akan ditampilkan pada malam tersebut adalah berbentuk tarian, drama, nyanyian solo, koir dan drama muzikal," jelas Wen Ti.

Sebarang maklumat lanjut tentang persembahan muzikal ini boleh dilayari melalui http://tinyurl.com/serenity-eventpage 
 
Pembelian tiket persembahan pula boleh dilakukan dengan melayari http://tinyurl.com/serenity-ticketing atau menghubungi Huey Chin di talian 017-5631017 atau Sin Yee di talian 012-4781077.

Teks: Rodiah Md Daud (Pelajar Internship PP Komunikasi)

  • Created on .
  • Hits: 1323

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024