USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

JERAYAWARA PPS USM PUPUK MINAT MASYARAKAT MENGERTI BIDANG KESENIAN

17309669 1877425535834941 2432094256842709191 n

USM, PULAU PINANG, 31 Mac 2017 - Pusat Pengajian Seni (PPS) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan karnival Jerayawara untuk memberi pendedahan awal kepada pelajar yang akan melanjutkan pelajaran dalam bidang seni di USM.

Menurut Timbalan Dekan Akademik Pelajar & Alumni, Dr. Mumtaz Begum Aboo Backer, sebelum program ini diadakan di USM, PPS telah menjelajah ke beberapa buah sekolah di zon utara dan Kelantan dan program ini merupakan salah satu inisiatif utama PPS untuk mempromosikan Pusat Pengajiannya kepada masyarakat sekeliling.

17554574 1877425629168265 4989942677780458742 n

“Semasa kami membuat siri jelajah ke sekolah-sekolah di zon utara dan Kelantan ini, kami mendapati sambutan yang agak luar biasa daripada masyarakat malah kami turut mendapat permintaan untuk meneruskan lagi jelajah ini ke sekolah terlibat untuk tahun mendatang,” jelas Mumtaz.

Tambah Mumtaz lagi, PPS juga mendapat permintaan daripada sekolah di zon utara yang tidak dapat dilawati untuk pihak PPS ke sekolah mereka mengadakan program ini.

17554352 1877424792501682 4613660900865526704 n

Mumtaz berharap supaya program ini memberi manfaat kepada pelajar yang ingin dan berjaya melanjutkan pengajian ke USM supaya memahami syarat dan kelayakan sebenar untuk memasuki USM.

17629920 1877425282501633 8703757101822259132 n

17630135 1877425279168300 6553897562890762144 n

Program ini merupakan kerjasama bersama Dewan Budaya, Unit Kemasukan Pelajar dan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan.

Antara aktiviti yang diaturkan di USM untuk program ini ialah sketsa, boria, persembahan tarian Makyong, muzik gamelan dan sebagainya selain para pelajar yang hadir turut didedahkan dengan cara-cara menghadapi temuduga serta persiapan yang perlu dilakukan. 
 
Teks: Ruziatun Amirah Ismail (Pelajar internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1174

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024