USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MCB 2017 SATUKAN PELBAGAI ETNIK SABAH

IMG 2470

USM, PULAU PINANG, 28 Mac 2017 - Malam Citra Bayu (MCB) 2017 berjaya menyatukan kepelbagaian etnik Sabah melalui persembahan tarian oleh pelajar dari Universiti Sains Malaysia (USM) dan lapan universiti awam yang lain di Dewan Tuanku Syed Putra, USM, baru-baru ini.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Profesor Dato' Dr. Muhamad Jantan mewakili Naib Canselor USM, Profesor Datuk Dr. Asma Ismail berkata, program ini dapat memperkenalkan budaya Sabah yang unik sambil memupuk integrasi sosial yang kukuh dalam kalangan pelajar universiti.

IMG 2478

17522864 1371411259571137 8342464056600844278 n

"Program ini juga menjadi platform kepada pelajar-pelajar universiti yang terlibat untuk menyerlahkan kreativiti dan inovasi masing-masing semasa membuat persembahan di atas pentas," kata beliau.

Sementara itu, wakil penasihat Persatuan Sabah di Semenanjung (G35), Awangku AshaariAwangku Yussof pula berkata, siapa yang menjadi pemenang adalah tidak penting kerana yang paling penting adalah untuk mencapai objektif  program iaitu memperkenalkan dimensi sosial dan budaya masyarakat Sabah kepada orang ramai.

17424714 1667534046596843 59099104540214161 n

17457871 1667601389923442 1622556994327626579 n

Program anjuran Perkumpulan Siswa-Siswi Sabah (PERSIS) USM dengan kerjasama Persatuan G3S telah menampilkan sembilan universiti yang bertanding iaitu USM, Universiti Selangor (UNISEL), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Universiti Teknologi Mara (UITM) Shah Alam, Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Universiti Utara Malaysia (UUM), Universiti Putra Malaysia (UPM) dan Universiti Malaya (UM).

UPSI muncul sebagai johan MCB 2017 apabila mempersembahkan tarian pacu-pacuan yang menggambarkan aktiviti sosial masyarakat Bajau, Kota Belut, Sabah.

17522646 10155136946806972 7513709953091747672 n

Hampir 1,500 penonton hadir di program ini yang meliputi golongan pelajar dan pensyarah daripada semua universiti yang terlibat.

Teks: Rodiah Md Daud (Pelajar internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1618

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024