USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

MALAM AMAL DEEPAM ERAT HUBUNGAN PELAJAR DAN MASYARAKAT

Deepam 7939

NIBONG TEBAL, 9 April 2015 – Malam amal Deepam 2015 anjuran Engineering Indians Cultural Club (EICC), Universiti Sains Malaysia (USM) adalah merupakan salah satu kaedah mahasiswa dalam membantu masyarakat yang kurang bernasib baik.

Menurut Penasihat EICC, Profesor Madya Dr. Vel Murugan Vadivelu dalam ucapannya berkata, melalui program ini, kita dapat menanam kesedaran dan kepekaan terhadap kewujudan rumah-rumah anak yatim serta kerelaan untuk memberi bantuan kepada orang ramai. 

Deepam 7992

“Program ini juga merupakan medan kepada para pelajar untuk menunjukkan bakat dalam menguruskan sesuatu majlis di samping melakukan tugas di luar konteks pembelajaran ilmiah di universiti,” ujar Vel Murugan. 

“Secara peribadi saya amat menyokong program yang sangat murni ini kerana bukan hanya dapat membantu masyarakat yang memerlukan malah dapat meningkatkan kemahiran, komunikasi  dan hubungan yang baik antara pelajar dan juga masyarakat,” tambah Vel Murugan.

Sementera itu, menurut Penasihat Kedua EICC, Dr. Sivakumar Ramakrishnan, hasil jualan tiket malam amal telah disalurkan ke Pusat Jagaan Sinar Ceria yang terletak di Bukit Mertajam, Pulau Pinang.

Deepam 7896

Deepam 7913

Pengarah Projek, Kishor Kumar Murugan, ketika ditemui pula berkata, Deepam dapat menggalakkan penglibatan pelajar dalam aktiviti kebajikan dan amal seterusnya memupuk semangat tradisional dalam kalangan warga kampus supaya tidak pupus ditelan zaman.

“Ini merupakan tahun kedua program seumpama  ini dilaksanakan dan kami mahu semua orang memberikan perhatian kepada anak-anak yatim dan masyarakat yang tidak bernasib baik,” kata Kishor. 

Kishor, pelajar tahun dua, Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia berkata lagi program yang dirangka itu tidak hanya bertujuan untuk mempamerkan persembahan tarian, nyanyian dan lakonan sahaja malah meningkatkan kesedaran siswa-siswi USM tentang kebajikan masyarakat sejagat melalui program lain anjuran EICC.

Deepam 7867

Deepam 7849fh

Deepam yang membawa maksud cahaya itu turut mempersembahkan lakonan semula kehidupan anak-anak yatim di rumah-rumah kebajikan di Malaysia yang memerlukan perhatian, sokongan dan sumbangan masyarakat.

Antara persembahan yang memukau para penonton pada malam amal Deepam tersebut ialah pertunjukan seni mempertahankan diri masyarakat India yang diberi nama Silamban dan tarian tradisional India.

Para penonton turut dihiburkan dengan acara selingan yang menampilkan penyanyi popular Tamil tanahair, Dhilip Varman serta persembahan Adikarma. Teks: Mohd Kamil Ashar / Foto: Shafizan Zookiffli

  • Created on .
  • Hits: 1231

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024