USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

KKSUSM BANTU PELAJAR PERKASA TEKNIK PENULISAN DENGAN BETUL

17353331 158428474677514 9033582255358370571 n

USM, PULAU PINANG, 24 Mac 2017 - Menyedari pentingnya pelajar Universiti Sains Malaysia (USM) untuk mengaplikasikan teknik penulisan mengikut format APA yang betul semasa melakukan tugasan, Kelab Kerja Sosial (KKS) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan Bengkel Penulisan Format APA di Dewan Pembangunan SIswa 1, Kompleks Cahaya baru-baru ini.

Penasihat KKS selaku pengelola bengkel, Dr. Paramjit Singh Jamir Singh berkata, pengalaman beliau semasa menyemak tugasan yang dilakukan oleh pelajar mendorong beliau untuk memberi pengetahuan tentang format APA (American Psychological Association) bagi mengelakkan pelajar mengulang kesalahan yang sama.

17352280 158429008010794 1213415073861218896 n

Pengarah Projek, Sabrina Shamroz Khan pula berkata, beliau berharap supaya bengkel yang telah dijalankan ini memberi pengetahuan kepada pelajar untuk menggunakan format APA yang betul semasa melakukan tugasan kerana ia amat penting untuk pemarkahan tugasan.

Yang di-Pertua Kelab Kerja Sosial, Nur Shahirah Ahmad Bastari pula menegaskan bengkel sebegini amat diperlukan oleh pelajar supaya mereka mampu menjadi graduan yang kompeten dalam melakukan penulisan yang memenuhi piawaian bertaraf antarabangsa.

Bengkel tersebut telah dihadiri hampir 300 orang peserta yang terdiri daripada pelajar USM.

Teks: Rodiah Md Daud (Pelajar internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1356

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024