USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

'THE USM 3MT' TAMPIL KEMAHIRAN PELAJAR PhD USM BENTANG TESIS

IMG 2438

USM, PULAU PINANG, 23 Mac 2017 - Institut Pengajian Siswazah (IPS) Universiti Sains Malaysia (USM) telah mengadakan pertandingan pembentangan tesis iaitu ‘The USM 3MT 2017’ di Dewan Budaya baru-baru ini.

Menurut Timbalan Dekan IPS, Profesor Madya Dr. Hasrina Mustafa, program ini adalah pertandingan komunikasi penyelidikan yang dibangunkan oleh Universiti Queensland (UQ).

"Pelajar doktor falsafah (PhD) mempunyai 3 minit untuk membentangkan isi kandungan yang menarik dan mempunyai intipati di dalam tesis mereka.

17424694 1299882956725338 7572615500345809460 n

“3MT adalah salah satu usaha pelajar PhD untuk mengabungkan idea-idea dan penyelidikan mereka supaya ia boleh menjadikan satu pembentangan tesis yang mudah difahami kepada penonton,” jelas Hasrina.

“Seramai 40 orang peserta dari ketiga-tiga kampus USM telah dipilih untuk membentangkan tesis masing-masing dalam mana-mana satu daripada tiga kategori iaitu Sains dan Teknologi, Kejuruteraan dan Sains Sosial.  

Pemenang dalam setiap kategori akan mewakili USM di Malaysia 3MT Competition (peringkat kebangsaan) pada bulan Mei nanti,” tambah Hasrina.

IMG 2431

Dua peserta terbaik yang memenangi di peringkat kebangsaan akan mewakili Malaysia di Asia Pacific 3MT di Brisbane, Australia pada bulan Oktober nanti. 

Menurut Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Profesor Dr. Ahmad Farhan Mohd Sadullah, beliau berharap agar pelajar dari USM dapat memenangi pertandingan ini di peringkat kebangsaan kelak seperti yang telah dilakukan tahun lalu.

“Saya sempat menyaksikan 8 orang pelajar beraksi dan mereka tidak gugup di atas pentas, dan semua pelajar boleh menyampaikan kandungan tesis mereka dalam masa yang telah ditetapkan iaitu tiga minit, justeru saya yakin bahawa mereka akan membuat viva dengan lebih baik sebagaimana mereka mempersembahkan pembentangan mereka di pentas ini,” jelas Farhan.

17499373 10209000252069598 3960991525072554420 n

Peserta, Syahida Farhan Azhar dari Pusat Pengajian Kejuruteraan Kimia menzahirkan perasaan gembira kerana mendapat tempat pertama dalam kategori kejuruteraan dengan tesisnya bertajuk Adsorbent Coating: An Innovative Approach For Coloured Effluent Treatment. 

“Adsorbent coating (lapisan penjerap) telah diformulasikan sebagai bahan penjerap partikel berwarna daripada air sisa berwarna yang dihasilkan daripada kilang-kilang seperti kilang batik dan tekstil, plastik dan kertas yang menggunakan bahan pewarna untuk mewarnakan produk-produk mereka.

"Lapisan penjerap ini mudah diguna pakai kerana ia boleh dilapiskan ke pelbagai permukaan dan sangat efisien menjerap partikel berwarna daripada air sisa yang terdiri daripada pelbagai cas, dan ia sememangnya murah dan selamat untuk digunakan,” jelas Syahida berkenaan penyelidikan yang dilakukan oleh beliau.

17498872 1256922317736320 6900838143257890180 n

Tambah Syahida lagi, kilang-kilang industri kecil seperti kilang batik akan dapat merawat air sisa berwarna mereka dengan mudah apabila menggunakan lapisan penjerap ini dan ia sangat praktikal dan efisyen.

Sementara itu, bagi kategori Sains dan Teknologi dimenangi oleh Molood Seifi dan kategori Sains Sosial oleh Tan Poh Ling.

Teks: Ruziatun Amirah Ismail (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1443

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024