USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

USM ANJUR PROGRAM PERKONGSIAN ILMU BERKAITAN ISU KEMANUSIAAN SEJAGAT

16938484 386902105006621 7355847450556208127 n

USM, PULAU PINANG, 22 Mac 2017 - Selebriti tanah air Malaysia iaitu Mohammad Noh bin Salleh atau lebih dikenali sebagai Noh Hujan,  Pusat Pendidikan Rohingnya serta beberapa buah badan bukan kerajaan (NGO) berhimpun di Dewan Tuanku Syed Putra (DTSP) Universiti Sains Malaysia (USM) di dalam menjayakan program ‘Train to Humanity’ anjuran Majlis Penghuni Desasiswa Restu (MPDR) USM baru-baru ini.

Program ‘Train to Humanity’ adalah program perkongsian ilmu dan pengalaman daripada para jemputan untuk memupuk kesedaran semua pihak tentang isu kemanusiaan yang berlaku di Malaysia mahu pun di luar Malaysia seperti Syria dan Myanmar.

Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pembangunan Pelajar & Alumni), Profesor Dato’ Dr. Adnan Hussein menegaskan apabila bercakap berkenaan masalah kemanusiaan, kita tidak boleh semata-mata memberi penekanan terhadap masalah itu dari aspek agama sahaja.

17457255 1430648900326149 6529007060631071729 n

“Saya berharap warga USM turut melakukan misi kemanusiaan bersama-sama bagi menyelamatkan warga Rohingnya yang ditimpa musibah,” katanya.

Tambah Adnan lagi, beliau mengharapkan supaya warga Rohingya turut mendapat hak mereka di tanah air mereka dan semoga perjuangan untuk orang Rohingya berjaya serta dapat menikmati hidup dalam negara dengan sejahtera dan selamat.

17309442 811570665660811 6299728829611160498 n

Sementara itu, Noh pula berkata, semoga program murni ini mencapai objektifnya dan bersama-sama kita menghayati perjuangan ini serta terus memberi sokongan kepada orang Rohingya untuk mereka kembali ke negara mereka kelak.

“Saya juga mengikuti program amal untuk pelarian di Jordan dan saya banyak mendengar cerita mengenai kesengsaraan dan penderitaan mangsa perang dan pelarian di bumi Jordan namun apabila melihat semua itu di depan mata, ia meninggalkan kesan yang mendalam buat diri saya sebagai seorang hamba Allah," tambah Noh.

17457844 1430648566992849 7026076894905404743 n

Harapan Noh kepada pelajar USM adalah semoga pelajar bersama-sama prihatin tentang isu kemanusiaan dan mengetahui cara yang terbaik untuk membantu mereka yang ditindas.

Yang turut hadir ialah Penolong-Penolong Penggawa Restu, Majlis Penghuni-Penghuni Desasasiswa dan Majlis Perwakilan Pelajar USM.

Teks: Ruziatun Amirah Ismail (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1705

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024