USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

UNIVERSITI-UNIVERSITI UK DIALU-ALUKAN SERTAI APUCEN

USM, PULAU PINANG, 23 Mac 2017 – Naib Canselor Universiti Sains Malaysia (USM), Profesor Datuk Dr. Asma Ismail hari ini menerima lawatan delegasi dari pengurusan universiti-universiti di United Kingdom bagi membincangkan potensi kerjasama dalam pelbagai bidang pengajian dan penyelidikan. 

“USM pada ketika ini telah menandatangani 9 memorandum perjanjian (MoA) dan 5 memorandum persefahaman (MoU) dengan pelbagai universiti di United Kingdom seperti University of Glasgow, Keele University, Middlesex University London dan University of Bath,” kata Naib Canselor.

“Bagi jalinan kerjasama dengan universiti luar negara, USM menawarkan kerjasama dalam bidang akademik seperti penawaran dual program, mobiliti dengan projek jaringan masyarakat, pertukaran pelajar, serta jalinan kerjasama dengan industri sama ada di Pulau Pinang atau kampus perubatan di Karnataka, India,” tambah Asma.

Naib Canselor turut mengalu-alukan universiti-universiti di United Kingdom untuk menyertai Asia-Pacific University-Community Engagement Network (APUCEN) dan menjalinkan kerjasama dengan 87 universiti dari 19 buah negara dalam jaringan tersebut untuk kerjasama yang lebih erat dan kuat. 

Hadir mewakili universiti-universiti UK adalah Ketua Perkhidmatan Pendidikan British Council, Jennifer Wan; Pegawai Pengantarabangsaan King’s College London, Francine Dawson; Pegawai Pengambilan Antarabangsa St. Mary’s University London, Dr. Robert Duncan dan Pegawai Asia Tenggara, University of Reading, Mala Sivapragasam serta delegasi USM terdiri daripada Timbalan Naib Canselor Akademik dan Antarabangsa, Profesor Dr Ahmad Farhan Mohd Sadullah; dekan-dekan dan wakil-wakil dari pusat pengajian.

Teks: Nur Shahidatul Shahira Bt Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1280

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024