USM NEWS PORTAL 

Berita Mutakhir

AL-QURAN DAN SUNNAH MEMBENTUK KEPERIBADIAN DIRI

17425163 968357403298833 3670039887469136965 n

USM, PULAU PINANG, 21 Mac 2017 - Pendidikan Al-Quran menekankan aspek rohani dan jasmani sesuai dengan falsafah pendidikan Islam, dan ia merupakan usaha berterusan untuk menyampaikan ilmu, kemahiran dan penghayatan Islam berdasarkan Al-Quran dan Sunnah dalam membentuk sikap, kemahiran dan keperibadian sebagai hamba Allah yang mempunyai tanggungjawab untuk membina diri, masyarakat, alam sekitar dan negara ke arah mencapai kebaikan di dunia dan kesejahteraan di hari akhirat.

Demikian ujar Pengarah Pusat Islam Universiti Sains Malaysia (USM), Prof. Madya Dr. Sofri Yahya dalam ucapan perasmian Majlis Graduasi Pensijilan Pengajian Islam dan Ihtifal Kuliah Pengajian Al-Quran dan Tajwid (Dewasa) kali ke-3 anjuran Pusat Islam di sini hari ini.

"Fenomena ini merupakan sesuatu yang boleh dibanggakan kerana terdapat warga kampus dan masyarakat yang mula mengambil berat tentang tarbiah Al-Quran dalam kehidupan seharian.

17362654 968357033298870 1463216452922225874 n

"Ilmu yang diperoleh adalah amanah Allah untuk mendidik diri, keluarga dan masyarakat untuk memiliki kekuatan jiwa yang mampu menahan diri dari terjerumus dalam perbuatan yang menyalahi syariat Islam. Kefahaman terhadap ajaran Islam penting bagi membebaskan umat Islam daripada pelbagai masalah termasuk isu-isu seperti kejahilan, kemunduran dan keganasan yang semakin menular,” jelas Sofri.

Majlis ini menganugerahkan enam penganugerahan iaitu Sijil Graduan Pensijilan Pengajian Islam, Sijil Penyertaan Persijilan Pengajian Islam, Graduan Cemerlang Persijilan Pengajian Islam, Sijil Tauliah Mengajar Al-Quran Peringkat Negeri Pulau Pinang, Sijil Kuliah Pengajian Al-Quran dan Anugerah Pelajar Cemerlang dalam Setiap Kategori kepada para penerima yang telah tamat pengajian.

untitlednfn

IMG 2285

Yang turut hadir adalah Ketua Penolong Pengarah Kanan Pusat Islam USM, Ustazah Hajah Rohayati Daud; Ketua Unit Keilmuan dan Persuratan selaku pengarah bagi majlis ini, Ustaz Mohd Zamrus Mohd Ali; Pensyarah Kanan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) selaku penceramah "Rahsia Agung dalam Al-Quran" Dato' Dr. Mohd Izhar Ariff; ketua-ketua jabatan dan pegawai-pegawai utama USM.

Teks: Nur Shahidatul Shahira bt Zakaria (Pelajar Internship PP Komunikasi USM)

  • Created on .
  • Hits: 1573

Pusat Media dan Perhubungan Awam
Media and Public Relations Centre

Level 1, Building E42, Chancellory II, Universiti Sains Malaysia, 11800, USM, Pulau Pinang, Malaysia
Tel : 04-653 6495 | Faks : 04-653 6484 | Emel : This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it. |  Web : www.usm.my

All Rights Reserved. Universiti Sains Malaysia © 2024